Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Sunday 28 September 2014

Ikon Belia: Dr. Hazirah Izzati

Hazirah Izzati, menerima PhD pada usia 24 tahun.

Thursday 25 September 2014

Tips Mengurangkan Beban Hutang




1. Rancang belanjawan tahunan, bulanan, mingguan dan harian. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

2. Tingkatkan pendapatan pasif.

3. Segerakan pembayaran penuh (full settlement) hutang yang ada apabila berpeluang. Sebelum itu, dapatkan sebutharga daripada pihak bank untuk pembayaran penuh dan nikmati rebat tunai. 

4. Setiap kali memperolehi gaji, bayar hutang bulanan dengan segera. Buat simpanan tetap sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan. Wujudkan sekurang-kurangnya dua akaun: 1. Tabungan keluarga, 2. Tabungan penyelesaian hutang. Bakinya, asingkan untuk keperluan harian. Sekiranya masih berbaki, simpan, beli emas atau laburkan dalam skim pelaburan yang berisiko sederhana. 

5. Senaraikan hutang. Tetapkan matlamat untuk menyelesaikan satu per satu hutang. Banyakkan berdoa agar diberi kelapangan untuk menyempurnakan segala hutang. Syukuri segala nikmat. Berbakti kepada kedua ibu bapa. Hubungkan tali silaturahim. Sempurnakan tugas dan kewajipan.  Tunaikan zakat dan perbanyakkan bersedekah untuk menyucikan harta.Moga beroleh rezeki yang barakah dan berlimpah.  

6. Utamakan pembelian tunai berbanding kredit. Nikmati harga yang lebih rendah dan ketenangan jiwa. 

7. Kumpulkan duit syiling dan baki-baki kecil dalam satu bekas. Simpan ke dalam bank atau tukarkan dengan peniaga. Lebih seronok jika ada satu akaun khas untuk itu. 

8. Wujudkan satu pasukan yang komited dan berintegriti untuk saling menyokong, saling membantu serta saling berkongsi sumber dalam menyempurnakan hutang dan menambah pendapatan. Pastikan ada perjanjian dan rekod bertulis supaya setiap urusan adalah jelas, difahami, lancar dan 'transparent'. Pasukan boleh terdiri daripada pasangan, ahli keluarga atau sahabat baik yang diketahui mempunyai sifat yang amanah. 

9. Sertai skim takaful yang berbentuk simpanan bagi tujuan perlindungan segera pada masa kecemasan. Secara tidak langsung, ia turut membantu orang lain yang memerlukan. Hubungi agen yang cekap dan beramanah.  

10. Jual barangan yang sudah tidak diperlukan atau tidak digunakan dengan harga yang berpatutan. Lebih menarik apabila barangan tersebut dimanfaatkan oleh lain berbanding dibiarkan bersawang di rumah/pejabat. 

Monday 22 September 2014

Atasi Batuk dengan Garam




Batuk teruk? Atasi dengan garam.

Setiap kali tekak terasa gatal, letakkan secubit garam ke lidah, biarkan ia melarut bersama air liur dan mengalir perlahan melintasi kerongkong.

Moga cepat sembuh.

Sunday 21 September 2014

Modul Pembangunan Belia






Modul Pembangunan Belia edisi ke-2 khusus untuk pelajar yang mengikuti kursus SKPM 2030 (Pembangunan Belia) Semester 1 Sesi 2014/2015.

Selamat Maju Jaya.

Thursday 18 September 2014

Ranking Keperluan Asas untuk Pembelajaran di Universiti



Dalam era globalisai, apabila melangkah ke universiti, prioriti keperluan asas pembelajaran sedikit berbeza dengan dekad terdahulu. Berikut adalah ranking 1-7 bagi keperluan tersebut:

1. Broadband
2. Telefon pintar
3. Komputer/laptop/tablet/notebook
4. Tumb-drive/portable external hard disk
5. Mesin pencetak (printer)
6. Pen dan buku nota
7. Kertas A4

Wednesday 17 September 2014

Ranking Universiti-Universiti di Malaysia




SINGAPURA 16 Sept. - Ranking universiti-universiti di Malaysia semakin meningkat berdasarkan senarai QS World University Rankings 2014, apabila tiga universiti berada dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia.

Menurut senarai terbaru itu, Universiti Malaya (UM) berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke-167 pada tahun lepas, kepada 151 pada tahun ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat ke tangga 294 daripada 355.
Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) juga bertambah baik, daripada 355 kepada 309; Universiti Putra Malaysia (UPM) di tangga ke-376 daripada kedudukan 411-420, manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal dalam slot yang sama (501-550) seperti pada tahun lepas. 

Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga memperbaiki kedudukannya, berada dalam kategori 651-700 berbanding tahun lepas 701 . 

Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.

Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.

Keseluruhannya, laporan itu berkata QS World University Rankings meletakkan fokus kajian saintifik dan teknologi berimpak tinggi sebagai tonggak kemajuan kepimpinan.

Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) berada di tangga teratas dalam kelompok 10 institusi terbaik dunia bagi tahun ketiga berturut-turut.

Ia diikuti University of Cambridge (United Kingdom), Imperial College London (UK), Harvard University (AS), University of Oxford (UK), UCL (University College London) (UK), Stanford University (AS), California Institute of Technology (AS), Princeton University (AS) dan Yale University (AS). - BERNAMA

Tuesday 16 September 2014

Google Doodle: Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia: 16 September 2014.

Doodle kreatif sambutan Hari Malaysia  ini dimenangi oleh seorang pelajar sekolah menengah di Sekinchan.

Sumber: New Straits Times Press

Monday 15 September 2014

Pengajaran dan Pembelajaran (TnL) dalam Dunia Digital


Dunia digital menjadikan pembelajaran leih mudah dan efisyen. Penambahbaikan sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti di harap dapat melahirkan mahasiswa yang berketrampilan, dinamik dan berwibawa.

Seiring meraikan generasi Y dan Z yang kini mulai menjadi warga universiti, sistem pembelajaran 'blended learning' diperkenalkan di semua universiti. Melalui sistem ini, sekurang-kurangnya 30% daripada pembelajaran dikendalikan secara online. Di UKM contohnya,  '' blended learning" yang dikendalikan melalui i-folio memberikan fleksibiliti, memudahkan capaian maklumat dan pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan secara efektif dan tersusun.

Bersambung...






Saturday 13 September 2014

Bersatu kita teguh..



#synergy

Masjid Essalam, Netherland

Masjid Essalam.. barangkali ini satu-satunya jantung umat Islam di Netherland.

Pada zaman Rasulullah, masjid merupakan pusat ibadah, pusat ilmu, pusat citra, pusat pentadbiran dan pusat pembangunan semangat jemaah dan berpasukan (team building) umat Islam.

Sejauhmanakah ribuan masjid yang ada pada hari ini memainkan peranannya?

Friday 12 September 2014

Didera kerana Perempuan

Wanita.. amanah dan anugerah Allah yang perlu ditatang dengan berhati-hati  oleh  lelaki. Perspektif hidup yang salah terhadap wanita mengakibatkan mereka  terus tertindas dan teraniaya di sebilangan negara.

Sumber: Utusan online.

Thursday 11 September 2014

Seminar Perlindungan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan




Tarikh: 8 OKTOBER 2014 (Rabu)

Masa:  8.30 Pagi hingga 5.30 petang

Tempat: BANGUNAN CANSELORI, UKM
          

OBJEKTIF SEMINAR

 

· Memberi penjelasan secara terperinci kepada khalayak institusi pengajian tinggi berhubung aspek-aspek perlindungan kepada kanak-kanak



· Memberi kesedaran kepada khalayak institusi pengajian tinggi berhubung kepentingan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak; dan

· Menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi yang akan bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada kerajaan dalam usaha membantu menangani keganasan terhadap kanak-kanak.

TEMA SEMINAR

“KESELAMATAN KANAK-KANAK: MEMPERKASA POTENSI, MELESTARI  KESEJAHERAAN”


TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi    Pendaftaran Peserta
9.00 pagi    Ucapan aluan oleh Penganjur
9.15 pagi    Ucapan Pembukaan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
9.30 pagi    Minum pagi

Sidang Plenari

10.00 -  1.00 petang  Moderator: Prof. Dr. Rohany Nasir (UKM)

Kertas Kerja 1 : “Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak” - Ketua Pengarah Bahagian  
                             Kanak-Kanak JKM

Kertas Kerja 2 : “Kesejahteraan Psikologi Kanak-Kanak ” -  YBhg. Prof. Dr. Khaidzir Hj.
                             Ismail, UKM

Kertas Kerja 3 : “Keganasan Terhadap Kanak-Kanak Masa Kini” - PDRM

Kertas Kerja 4 : “Peranan Masyarakat dalam Menangani Keganasan terhadap
                              Kanak-Kanak”  - PPJM

Kertas Kerja 5 : “Perlindungan Kanak-Kanak di Alam Siber” -  Suruhanjaya Komunikasi 
                              dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Kertas Kerja 6: “Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Menangani Isu
                             Keselamatan Dan Kesejahteraan Kanak-Kanak” - KKM

 




Sidang Selari (World Café)

2.00 petang   Tema: “Keselamatan Kanak-Kanak: Memperkasa Potensi, Melestari    
                     Kesejahteraan”

Kumpulan 1 : Pembangunan Pendidikan untuk Pemerkasaan Kanak-Kanak dan 
               Keluarga

Kumpulan 2 : Kesihatan, Keselamatan Kanak-Kanak dan Sokongan Sosial

Kumpulan 3 : Integrasi Penyelidikan, Perkhidmatan dan Dasar Kanak-Kanak


3.00 petang  Rumusan dan Resolusi



MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMINAR

3.30 petang  Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Ketibaan Naib Canselor UKM
Ketibaan Ketua Setiausaha, KPWKM

4.00 petang  Ketibaan YBM Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Nyanyian Negaraku
Bacaan doa
Ucapan Alu-aluan Naib Canselor UKM
Ucapan Aluan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Penyerahan Resolusi Seminar Perlindungan Kanak-Kanak 2014
Ucapan Perasmian Penutup YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga  
Dan Masyarakat
Upacara Menandatangani MoU JKM-UKM
Sidang Media

5.00 –    Minum petang
5.30 petang 

5.30 petang  Bersurai


PENDAFTARAN PENYERTAAN



Sila hubungi:
 
Dr. Nur Saadah bt. Mohamad Aun
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakuklti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

Emel :  n_saadah@ukm.edu.my
Telefon:  03-89213530  No. Faks :  03-89213541


Senyum






Senyum.. sedekah terindah. 
Senyum.. penawar resah gundah.

Nota: 

“Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan sedikitpun,
                         sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” 
                                                              - Riwayat Muslim

Wednesday 10 September 2014

My Publications







Publications (books/selected papers)




  1. Jamiah Manap, (2013). Parenting Skills: Exploring the success stories of Ibu Mithali's parenting style and nurturance of their children. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, disertasi PhD. Tidak diterbitkan.
  2. Jamiah Manap, Arena Che Kasim, Fazilah Idris, & Mohammad Rezal Hamzah, (2013). Parenting Role Model: The Professional Virtues of Malaysian Exemplary Mother (Ibu Mithali). PERTANIKA Journals, 21 (S): 177-192. 
  3. Jamiah Manap, Sidek Baba, Nik Suryani Nik Ab. Rahman, & Haniza Rais, (2013). Pendekatan komunikasi keibubapaan dalam keluarga Ibu Mithali. Journal of Human Development and Communication. 2 (2013).
  4. Jamiah Manap, (2013). Cinta dalam kehidupan berkeluarga sebagai pemacu kecemerlangan hidup dalam Cinta dan Kehidupan. Disunting oleh Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris, & Aminudin Basir. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia.
  5. Jamiah, M., Azimi, H., Sidek, M. N., Hasnan, K., Krauss, S. E., K., Turiman, S.,& Fazilah, I. (2013).  Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim. Journal of Psychology and Human Development. 1 (1): 36-43.
  6. Azmi A. M., Nik Hairi, O., Jamiah, M., Arena, C. K., Fauziah, I., Kartigavani, P. (2013). The involvement of teenagers in social problems at low cost housing areas, The Social Sciences, 8 (3): 260-264.
  7. Jamiah, M., Arena, C. K., Suzana, M. H., Salina, N., Fatihah, G. (2012). The purpose of marriage among single Malaysia Youth, Procedia Social Science and Behaviour, 82: 112-116.  
  8. Jamiah Manap, Azimi Hamzah, Sidek Mohd. Noah & Hasnan Kasan, (2007). Metodologi pembentukan 'Integriti Mutmainah': Ke arah meningkatkan identiti budaya masyarakat Malaysia dan Indonesia. Dlm. Armida S. Alisjahbana, Ramdan Panigoro & parikesit (pnyt.). Indonesia dan Malaysia dalam era globalisasi dan desentralisasi: Mewujudkan kemakmuran bersama, hlm. 578-592. Bandung: UNPAD & UKM. 
  9. Jamiah Manap, (2005). Kesahan dan kebolehpercayaan Inventori religiositi dan Personaliti Muslim. Universiti Putra Malaysia, disertasi Master. Tidak diterbitkan. 
  10. Hamzah, Azimi H., Krauss, Steven E., Noah, Sidek M., Suandi, Turiman, Juhari, Rumaya, Manap, Jamiah M., Mastor, Khairul A., Mahmoud, Azma, & Kassan, Hasnan, (2007). Muslim religiosity and personality assessment: Prototype for nation building. Serdang: Institute for Social Sciences Study (IPSAS), Universiti Putra Malaysia.
  11. Krauss, Steven E., Hamzah, Azimi H., Suandi, Turiman, Noah, Sidek M, Juhari, Rumaya, Manap, Jamiah M, Mastor, Khairul A., Kassan, Hasnan, & Mahmood, Azma. (2006). Exploring regional differences in religiosity among Muslim youth in Malaysia. Review of Religious Research, 47(3), 238-252
  12. Krauss, S.E., Azimi, H., Turiman S., Sidek, M.N., Khairul, A.M., Rumaya, J., Hasnan, K., Azma, M. & Jamiah, M. 2005. The Muslim religiosity-personality measurement inventory (MRPI) s religiosity measurement model: Toward filling the gaps in religiosity research on Muslims. Pertanika Journal of Science and Technology , 13 (2): 238-252.