Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Wednesday 30 September 2015

Bimbingan Berterusan

Sunday 20 September 2015

Integriti: Konsep dan Amalan

Sedikit perkongsian tentang isu #integriti. Buku ini baru sahaja dilancarkan pada 18 September 2015. Semoga bermanfaat.


Sinopsis:



Integriti tunjang keunggulan ummah.  Pembudayaan integriti dalam keluarga, komuniti dan organisasi adalah satu keperluan dalam  kerangka pengukuhan negara bangsa. Pembentukan  dan pembangunan integriti adalah satu proses yang berterusan. Ia bermula dengan pendidikan di rumah, disusuli dengan pengukuhan integriti di sekolah dan institusi pengajian tinggi serta  di dalam komuniti dan organisasi. Ia terbina secara bertahap dan perlu sentiasa diperkukuh dari masa ke masa. Sehubungan itu, buku ini membincangkan konsep dan amalan integriti dalam pelbagai konteks dan wacana. Perbincangan dalam buku ini bergerak daripada konsep dan amalan integriti secara keseluruhan kepada konsep dan amalan integriti dalam konteks yang khusus iaitu dalam konteks penjawat awam, agama, rasuah dan penyalahgunaan kuasa, akademik, keluarga dan pembangunan sumber manusia.

Perlaksanaan integriti bukanlah tanggjung jawab yang mudah. Ia merupakan cabaran yang besar untuk dijadikan sebagai budaya di semua peringkat komuniti dan organisasi. Amalan integriti dalam kehidupan merupakan mekanisme penting untuk mencegah berlakunya kepincangan dalam urustadbir dan perlaksanaan amanah. Kepincangan yang berterusan merosakkan sistem sosial masyarakat dan seterusnya memberi impak negatif kepada pembangunan negara. Justeru, buku ini diterbitkan sebagai satu inisiatif bagi memperkukuh kefahaman terhadap konsep integriti dan pengamalannya dalam kehidupan seharian secara berterusan.  

Sitasi:
Jamiah Manap, Arena Che Kasim, & Mohammad Rezal Hamzah (2015). Integriti: Konsep dan amalan. Kangar: Penerbit UniMAP. 

Thursday 17 September 2015

Koleksi Artikel di Google Scholar

Antara koleksi artikel lama dan baru dalam Google Scholar.  Insha-Allah, kembali aktif selepas 7 tahun 'berhibernasi". Semoga sentiasa diberi kekuatan untuk menyajikan hidangan yang bersih, suci, indah, lazat dan berkhasiat. 

Hasbiallah.. 

https://scholar.google.com/citations?user=5oUwcGYAAAAJ&hl=en 

Wednesday 16 September 2015

Peradaban, Harapan dan Kilanan: Wawasan Pemikiran Psikologi dan Pembangunan Insan

Baru terbit. Sedikit perkongsian dalam bab 9. Boleh didapati di laman BOOKCAPITAL.my.

https://bookcapital.my/book/peradaban-harapan-kilanan-wawasan-pemikiran-psikologi-pembangunan-insaniah/feed

Wednesday 2 September 2015

Pendaftaran Pelajar Baru UKM

Selamat datang! Semoga menjadi graduan idaman organisasi dan komuniti.