Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Thursday 17 November 2016

Karya Kreatif dalam P&P Pemerkasaan Agen Pembangunan Belia


Pembentangan perihal P&P seputar isu karya kreatif sebagai medium penjanaan kreativiti dan inovasi mahasiswa generasi Y dan Z.

Zaman berubah.. pendekatan pendidikan juga berubah.. namun teras dan matlamatnya masih sama iaitu membentuk generasi intelektual  yang terpuji, berjasa dan versatil.

Wednesday 16 November 2016

MOOC Kursus Asas Pembangunan Belia 1



Berteraskan falsafah pengajaran dan pembelajaran (P&P) "Bersama Membangun Peradaban.. Mencipta Keindahan", MOOC Kursus Asas Pembangunan Belia 1 ini dibangunkan khusus untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman Agen Pembangunan Belia (APB) terhadap pembangunan belia masakini. Ia mengandungi 10 modul yang merangkumi definisi, pertumbuhan dan perkembangan belia (psikologi perkembangan) dan  isu-isu semasa pembangunan belia. Kursus MOOC ini juga merupakan sebahagian (15%) daripada silibus kursus SKPM 2023 (Pembangunan Belia) di Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsyWEB), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagaimanapun, kursus MOOC ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenali dan menyerlahkan potensi belia.

Selamat Berkursus! 



Wednesday 9 November 2016

Jurnal Hadhari

Alhamdulillah, 4 salinan Jurnal Hadhari Volume ke - 8 telah saya terima daripada Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel saya yang dimuatkan di dalam Jurnal Hadhari ini merupakan sebahagian daripada tesis PhD di bawah penyeliaan Prof. Dato' Dr Sidek Baba di UIAM. Terima kasih Cikgu kerana meminta saya membina model Atribut Keibubapaan daripada perspektif Imam  al-Ghazali. Model ini kemudiannya menjadi kerangka teori bagi kajian ekplorasi attribut keibubapaan mithali yang kemudiannya mencetuskan 5 model  keibubapaan yang berbeza.


Terima kasih kepada pewasit artikel yang telah menyemak artikel ini. Rentetan daripada komen beliau, model ini telah ditambahbaik dengan hanya memuatkan hadith yang bertaraf sohih dan hasan sahaja.
.

Semoga model ini bermanfaat dalam kerangka pemerkasaan keluarga. Sebarang cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan

Monday 7 November 2016

Membina Persepsi Positif Terhadap Peperiksaan


"Hanna suka periksa! Nanti Hanna nak dapat nombor satu!". 

Peperiksaan suatu perkara yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang menjadikan pembelajaran suatu hobi. Ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Persespsi terhadap peperiksaan sebagai suatu perkara yang menekan dan menakutkan sewajarnya ditukar. Biarkan kanak-kanak menikmati pembelajaran di sekolah dan menjadikan peperiksaan sebagai medan untuknya menguji pencapaian diri dan sejauhmana mereka menguasai ilmu atau kemahiran tertentu. 

Tips menjadikan anak seronok dan tidak tertekan untuk menghadapi peperiksaan:

1. Tanamkan kecintaan kepada ilmu
2. Ambil berat pembelajaran anak-anak
3. Pastikan anak seronok ke sekolah, tidak dibuli atau membuli
4. Hantar anak ke sekolah yang mesra pelajar dan ibu bapa
5. Yakinkan anak peperiksaan adalah mudah dan menyeronokkan
6. Sediakan alat tulis yang lengkap untuk menghadapi peperiksaan
7. Raikan apa jua keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anak 
8. Sekiranya keputusan peperiksaan kurang memuaskan, jangan marahi atau merendahkan anak. Sebaliknya, bimbing mereka supaya melihatnya dari sudut yang positif dan ketawa bersama-sama. 

Semoga anak-anak generasi baru sentiasa bertambah cemerlang dalam urusan dunia dan akhirat. Merekalah yang kita harapkan untuk menerajui dunia tiga dekad lagi, Dan.. kecemerlangan mereka bermula dengan kita sebagai role model yang positif dan membina, 















Sidang Canselori Konvokesyen UKM Ke-44 (2016)


Sunday 6 November 2016

Laporan Penyelidikan FRGS MKK-Z

Projek pembangunan Modul Kemahiran Keibubapaan untuk Mendidik dan Membangunkan Potensi Modal Insan Generasi-Z (MKK-Z) sudah memasuki fasa terakhir. Semoga   setiap gerak-kerja penyelidikan memberi impak yang positif kepada kesejahteraan keluarga dan ummah.