Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Wednesday, 28 October 2015
Plato: The Republic
Tugasan terkini, perspektif agama dan falsafah dalam sahsiah membawa kami menekuni sebentar karya terjemahan ahli falsafah Yunani, Plato yang bertajuk The Republic.
Tuesday, 27 October 2015
The Definition of Z Generation: A Systematic Review
Sumber Foto: http://ec2-174-129-224-154.compute-1.amazonaws.com/category/nullam-sed/how-to-engage-generation-z-connected-to-the-max/9185
The Definition of Z
Generation: A Systematic Review Perspective
Jamiah Manap, Mohammad Rezal Hamzah, Nurul Nabila
Mohd Izani and Nor Jana Saim
_____________________________________________________________________
ABSTRACT
The purpose of this study is to 1) perform a
systematic review of studies examining the definition of Z Generation, and 2)
make recommendations based on the findings. The systematic review was limited
to the definition of Z Generation in the context of human being. Literature
searches were conducted using predefined keywords in four databases. A total of
113 potential papers were identified using four
search engines: Ebscohost, Sage
Publication, ProQuest and Emerald Insight. The analysis of the articles or
literature review focus on the definition of Z Generation by three
perspectives: birth year, special characteristics and other names of Z
Generation. The definition of Z
Generation by birth year ranged from 1990 until today. They born and grow up
during the proliferation of web 2.0 and digital technology. They are also
called as Millenials, Digital Natives, Google Generation, Next Gen, DotNets,
iPod, Xbox and New Silent Generation. Z Generation is the young, energetic and
multi-talented generation. Special program should be planned for them to
empower their capacity and unleash their potential.
Key words: Z Generation, Definition, Parenting,
Educational Psychology
Notes: Will be presented at the Simposium Kebudayaan dan Kerjasama Indonesia-Malaysia
(SKIM IXV) on 25 November 2015.
Saturday, 24 October 2015
Pengurusan Keewangan Remaja
1. Buka akaun simpanan.
2. Daftar dalam perbankan internet.
3. Buat simpanan tetap setiap bulan sama ada dalam bentuk tunai, emas atau perak.
4. Jinakkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan. Latih diri menjadi usahawan.
5. Biasakan diri bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk menambah pendapatan dan menggarap pengalaman.
6. Tetapkan sasaran nilai simpanan dan pemilikan aset untuk jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
7. Berbelanja dengan berhemah. Elakkan pembaziran dan pembelian bukan keperluan apatahlagi perbelanjaan diluar kemampuan.
8. Rancang strategi untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Dapatkan kerjasama ibu bapa atau individu yang beramanah.
9. Lazimi diri dengan bersedekah walau sekadar sepuluh sen sehari sebagai tanda syukur dan penyucian diri serta mendidik hati.
Semoga berjaya.
Friday, 23 October 2015
Bila perut tidak selesa..
Risau anak kecil tidak buang air besar lebih daripada dua hari? Apakata cuba petua ini:
1. Makan sebiji limau manis atau buah oren sebelum makan makanan lain
2. Ambil sebotol Yakult atau minuman yogurt
3. Tambahkan pengambilan air masak/mineral.
2. Ambil sebotol Yakult atau minuman yogurt
3. Tambahkan pengambilan air masak/mineral.
Semoga sihat sentiasa.
Wednesday, 21 October 2015
Abang Gam Mata Adik
Mungkin bukan kerana cemburu. Naluri bermain dan rasa ingin tahu yang tinggi banyak mendorong kanak-kanak bereksperimen. Barangan berbahaya seperti gam, mancis, pisau, racun dan senjata api perlu disimpan di tempat yang selamat serta sukar dicapai.
Modul Pembangunan Belia 2015
Modul Pembangunan Belia cetakan ke-4 (2015) dalam saiz A5. Semoga bermanfaat dalam agenda memperkasa belia melalui wacana akademia.
Friday, 16 October 2015
Cendawan Goreng ala KFC
Teringin menikmati ayam KFC tapi malas hendak menempuh trafik nan sesak? Cendawan rangup ini mungkin boleh dijadikan pelarian.
Bahan:
1. 1 cawan tepung jagung
2. 4 sudu tepung gandum
3. 2 biji telur
4. Sedikit garam
5. 1 paket cendawan tiram
Cara:
1. Sebatikan tepung, telur dan garam
2. Basuh, tos dan carik-carikkan cendawan
3. Panaskan minyak
4. Celup cendawan ke dalam tepung dan goreng dengan api sederhana besar
5. Angkat setelah garing dan kekuningan
Nota: Diubahsuai dari resepi Celoteh Behaa.
Thursday, 15 October 2015
Wednesday, 14 October 2015
Puding Jagung
Bahan:
3 cawan susu segar
1.5 cawan air
1 cawan tepung kastard
3 sudu gula stevia (secukup rasa)
Kismis
1.5 cawan air
1 cawan tepung kastard
3 sudu gula stevia (secukup rasa)
Kismis
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan. 2. Kacau di atas api kecil sehingga likat dan berkilat. 3. Taburkan kismis ke dalam acuan.
4. Tuang adunan ke dalam acuan.
5. Taburkan kismis di atas adunan.
6. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
4. Tuang adunan ke dalam acuan.
5. Taburkan kismis di atas adunan.
6. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
Sajian:
Sesuai dihidangkan sejuk, dimakan begitu sahaja atau bersama susu segar dan madu.
Nota: Diubahsuai dari resepi Azie Kitchen untuk menambah nilai pemakanan.
Saturday, 10 October 2015
Membasmi Kutu
Kutu mudah berjangkit apabila anak dihantar ke pusat asuhan atau taska. Anak yang dijangkiti kutu mengalami masalah kegatalan yang boleh menganggu pembelajaran dan kehidupan seharian. Sehubungan itu, memastikan anak bebas kutu merupakan tanggungjawab bersama.
Terdapat beberapa produk khas di farmasi untuk membantu ibu bapa membasmi kutu. Antaranya produk Delice keluaran Vitamode. Ia dibuat daripada herba akar stemona dan minyak perahan lemon. Baunya juga wangi dan menyenangkan. Ia turut dilengkapi dengan sikat kutu metal yang rapat dan tahan lasak.
Cara menggunakan:
1. Basahkan rambut
2. Sapukan syampu herba pada rambut dan urut kepala dengan lembut selama 5-10 minit
3. Bilas dengan air
4. Sikat rambut dengan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu dan telur kutu
5. Ulang 3-5 kali seminggu sebagai langkah pencegahan.
1. Basahkan rambut
2. Sapukan syampu herba pada rambut dan urut kepala dengan lembut selama 5-10 minit
3. Bilas dengan air
4. Sikat rambut dengan sikat kutu untuk mengeluarkan kutu dan telur kutu
5. Ulang 3-5 kali seminggu sebagai langkah pencegahan.