Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Monday 18 April 2016

Ikon Belia: Sultan Muhammad al-Fateh



Berikut adalah catatan dalam Diskusi i-folio Pembangunan Belia #SKPM2023 oleh seorang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM:

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ikon belia yang saya pilih ialah Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.

Apa yang menarik tentang tokoh ini ialah bagaimana beliau berpegang teguh dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w  iaitu “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Hadis ini telah membakar semangat kepada impiannya untuk menakluk kota tersebut.

Saya selalu berfikir di manakah kesilapan ketika kerajaan Turki Uthmaniah jatuh dari zaman kegemilangannya sehingga hari ini terdapat beberapa kawasan di Turki seperti Ankara dibom dan diserang oleh pengganas.

Saya pernah membaca buku tentang Sultan Muhammad al-Fateh, dan ada suatu perkara yang gemar beliau dan rakyat Turkistan lakukan iaitu mereka gemar memakai serban. Apa yang kita tahu ialah memakai serban adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Pada mulanya saya terfikir kenapa serban mereka agak besar dan adakah serban mereka yang besar itu merupakan adat masyarakat di sana? Jawapannya ialah, serban mereka yang besar itu adalah tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Ini menunjukkan betapa tingginya niat mereka untuk syahid.

Terlalu banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau sejak beliau kecil hinggalah beliau meninggal. Salah satunya ialah beliau sangat tegas tetapi sangat mengambil berat tentang tentera dan rakyatnya. Saya sangat bangga dengan beliau dan kisahnya pernah mengubah sikap saya.

Persamaan beliau dengan saya ialah beliau percaya kepada hadis Rasulullah dan membuat perancangan daripada awal dan teliti. Selain itu beliau tidak mudah berputus asa dan hormat kepada kedua-dua ibu bapanya. Saya berharap suatu hari nanti saya dapat pergi ke Turki untuk meneroka tamadun di sana dan zaman kegemilangan Turki Uthmaniah.

Itu sahaja daripada saya, sekian terima kasih.

apr 01 at 23:46