Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Saturday 20 June 2015

Ulul Albab

Saturday 13 June 2015

Tips Mengatasi Bengkak Susu

1. Tuam bahagian yang bengkak dengan air panas/tuala panas.

2. Urut perlahan-lahan dari bahagian bawah ke atas.

3. Perah susu perlahan-lahan dengan menekan dan memicit bahagian kilang susu berulang kali.

4. Sekiranya ibu demam akibat bengkak susu, sebaiknya dapatkan khidmat urutan daripada pakar perbidanan.

5. Segera atasi bengkak susu supaya tidak melarat. Bengkak susu kronik boleh mengakibatkan bahagian tersebut bernanah dan memerlukan pembedahan.

Tips Memperbanyakkan Susuan

1. Pemakanan seimbang, suci, bersih dan berkhasiat

2. Meningkatkan pengambilan cecair contohnya minum air putih sejumlah 2 liter sehari

3. Tenang.. bijak mengurus tekanan.

4. Mengelakkan pengambilan pil perancang keluarga atau herba tradisional (jamu) yang boleh menganggu penyusuan.

5. Menyusukan bayi atau mengepam/memerah susu dengan kerap

6. Menikmati masa penyusuan dan membina perapatan (attachment)  dengan anak.

Tips Menghentikan Penyusuan Badan

Apabila si manja telah berusia 2 tahun, pemberhentian susu ibu boleh dilakukan. Antaranya dengan kaedah berikut:

1. dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat supaya ibu dan anak benar-benar bersedia. Pemberhentian mengejut boleh menganggu pemakanan anak dan menyebabkan kesedihan kepada ibu.

2. mengambil masa antara 2 minggu-1 bulan untuk membiasakan ibu dan anak.

3. menselang-selikan pemberian susu ibu dengan susu formula

4. membiasakan anak dengan makanan lain selain susu seperti nasi, daging dan buah-buahan.