Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Tuesday 30 December 2014

Pengurusan Bencana X: Ambilan Barangan di Saat Darurat


1. Mangsa banjir yang terperangkap lalu memecah masuk mana-mana rumah atau kedai berhampiran (yang tiada dijaga lagi oleh tuan milik kerana telah dipindah atau menyelamatkan diri) untuk mendapatkan bekalan makanan dan pakaian asasi yang sangat terdesak adalah TIDAK BERDOSA dan DIMAAFKAN di dalam hukum Islam. Mereka juga TIDAK DINAMAKAN PENCURI atau MENCURI. Malah jika wujud hudud dilaksanakan di sesebuah negara, kes sebegini TIDAK termasuk dalam hukuman yang boleh dikenakan hudud.

2. Pun begitu, ia tetap dikira kesalahan menurut undang-undang negara dan pihak polis menyatakan jika didakwa, terserah kepada budi bicara mahkamah untuk memutuskan keputusan terbaik berdasarkan keadaan dan situasi sebenar.

3. Jika mangsa banjir dapat membuat congakan jumlah nilai barang yang diambil, adalah terlebih baik jika mereka dapat membayarnya kemudian, di waktu sudah aman dari ancaman banjir. Jika mereka gagal membuat bayaran semula kerana kemiskinan atau kerosakan & kerugian terlalu besar, maka tanggungjawab mengganti beralih kepada zakat atau ke atas tanggungjawab negara.

4. Bagi pihak pemilik pula, jika mereka menghalalkan dan mengganggapnya sebagai sedeqah atau derma bantuan kemanusiaan. Insha Allah bakal diganjari Allah swt sebagai pahala buat diri mereka di akhirat nanti (khususnya jika muslim) atau balasan kebaikan di dunia bagi non muslim.

5. Memecah masuk secara menyerang dan merampas sedang wujud tuan rumah atau tuan kedai dan merampas dengan paksa adalah ditegah menurut hukum Islam. Sewaktu pemilik wujud, izin mereka mestilah dipohon terlebih dahulu.

6. Memecah masuk dan mengambil barangan secara berlebihan iaitu barang bukan keperluan asasi adalah diharamkan dan berdosa.

Sekian,
Dr. Zaharuddin Abd Rahman
Presiden MURSHID
30 Dis 2014.

Ikuti kupasan lanjut di Facebook Ustaz Dr Zaharuddin

Pengurusan Bencana IX: Rukhsah Solat






Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Monday 29 December 2014

ITEX 2015

http://www.itex.com.my/


EXHIBIT CATEGORIES
  • Aerospace and Aviation
  • Agriculture
  • Apparel, Fabric and Garment
  • Audio-Visual Equipment
  • Automotive and Transportation
  • Biotechnology, Health and Fitness
  • Building and Construction
  • Chemicals
  • Educational Items
  • Electricity / Electronics
  • Environmental and Renewable Energy
  • Household Items
  • I.C.T and Multimedia
  • Industrial Design
  • Machines and Equipment
  • Manufacturing Process
  • Materials
  • Office Products
  • Personal-Care Products
  • Printing and Packaging
  • Special Care and Child Care
  • Sports and Games
  • Telecommunications
More details: ITEX 2015

Sunday 28 December 2014

Pengurusan Bencana VI: Kesihatan dan Keselamatan



AWAS! RISIKO RENJATAN ELEKTRIK, HAIWAN BERBAHAYA, RUNTUHAN DAN LANTAI LICIN

1. Lakukan pemeriksaan di dalam rumah bagi memastikan haiwan dan serangga berbahaya seperti ular, lipan atau kala jengkin tidak menjadi ancaman kepada anda dan ahli keluarga. Periksa tempat-tempat yang mungkin boleh menjadi tempat pesembunyian haiwan-haiwan tersebut seperti dibelakang almari, kerusi atau kabinet dan lain-lain.
2. Pastikan punca utama elektrik dimatikan bagi mengelakkan renjatan elektrik terutamanya jika air masih ada.
3. Pastikan keadaan struktur rumah selamat bagi mengelakkan kecederaan akibat objek terjatuh semasa berada di dalam rumah.
Lantai tile adalah sangat licin bila terendam air dan ditumbuhi kulat. Hati-hati bagi mengelakkan terjatuh dan cedera.

AWAS! RISIKO JANGKITAN KUMAN: Air dan tanah yang dibawa banjir mungkin mengandungi pelbagai kuman yang boleh menyebabkan penyakit. Kulat juga akan tumbuh dengan cepat pada dinding, lantai dan perabut rumah. Oleh itu;
~ Pakai alat perlindungan diri seperti boot dan sarung tangan getah
terutama jika terdapat luka-luka kecil pada kaki dan tangan.
~ Pakai topeng muka (mask) dan goggles bagi mengelakkan bahan
kotoran tidak memasuki saluran pernafasan dan mata semasa
aktiviti pencucian
~ Buka semua tingkap bagi memastikan peredaran udara yang baik
sebelum melakukan aktiviti pencucian di dalam rumah. 

ELAKKAN:
~ Bersentuhan langsung dengan bahan-bahan kotoran dan juga perabut rumah seperti sofa yang ditenggelam air terutamanya jika ada luka-luka kecil ditangan. Sila pakai sarung tangan getah terlebih dahulu.
~ Kanak-kanak bermain/berada di dalam kawasan rumah yang hendak dicuci.
~Buang karpet atau bahan seumpamanya yang ditenggelami air banjir kerana ia berpotensi memerangkap bahan kotoran dan bakteria dalam jumlah yang tinggi. Ia mungkin boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada anda.
~Simbah semua permukaan lantai dan dinding dengan air bagi membuang kotoran. Kemudian basuh dengan menggunakan air yang dicampur bahan pembasmi kuman seperti klorox atau bahan pencuci detergent. Ini bagi membasmi kuman-kuman dan juga mencegah kulat (mold) dari tumbuh. Klorox boleh dicampur dengan kuantiti 5:1 (5 air kepada 1 bahagian klorox) bagi memporolehi kesan yang baik.
~Alatan memasak seperti periuk dan pingang mangkuk yang terendam air banjir juga perlulah dibasuh dengan air campuran klorox atau bahan pencuci.

KESELAMATAN AIR MINUM:
~ Sistem paip. Pastikan flush dahulu semua paip di dalam dan di luar rumah sebelum mengambil airnya bagi kegunaan keluarga anda. Dikhuatiri sistem paip yang ditengelami air banjir akan mengumpul bakteria yang boleh memberi risiko kesihatan.
~ Pastikan semua air minum dimasak terlebih dahulu

KESELAMATAN MAKANAN:
~Buang semua makanan yang terendam air banjir
Elak memakan makan mentah seperti ulam-ulamam sehinggalah semua keadaan pulih
~Kupas buah-buahan dan sayuran yang berkulit sebelum dimakan
Basuh tangan selepas keluar tandas dan sebelum makan

KESELAMATAN SISTEM GAS MEMASAK: 
Peralatan dapur gas memasak dan paip getah boleh dimasuki air menyebabkan aliran gas tersekat dan keluar melalui injap dan liang yang tidak sepatutnya. PERIKSA sistem gas memasak terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

KESELAMATAN PERALATAN ELEKTRIK: 
PERIKSA semua suis elektrik dan peralatan elektrik lain seperti lampu dan kipas sebelum menghidupkannya. Ia mungkin dimasuki air dan kotoran lain yang boleh mendatangkan risiko renjatan elektrik dan litar pintas.

KEBERSIHAN DIRI: 
Kebersihan diri perlu diutamakan. Bersihkan diri anda secukupnya dengan menggunakan sabun mandi setiap kali melakukan aktiviti pembersihan di rumah. 

DAPATKAN RAWATAN AWAL: 
Sekiranya anda atau ahli keluarga anda mengalami demam atau cirit-beret, muntah-muntah dan tidak sihat selepas balik ke rumah, SEGERALAH berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Pengurusan Bencana V: Zakat kepada Mangsa Banjir


Saya berpendapat harus untuk memberi zakat kepada mereka, sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal, seterusnya Baitulmal akan mengenalpasti golongan yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan dengan membuat anggaran kerosakan yang ditanggung dan juga keperluan yang dihajatinya. Ini kerana, jika diberi secara langsung dengan kuantiti yang banyak, dibimbangi sebahagian sahaja yang memperolehnya sedangkan sebahagian yang lain tidak mendapat walaupun sedikit. Justeru, pasti rasa tidak selesa akan terwujud pada kebanyakan golongan yang ditimpa bencana yang tidak dapat apa-apa bantuan atau bantuan yang tidak mencukupi.

Baitulmal hendaklah menggerakkan tenaganya dengan seupaya mungkin bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan secepat mungkin kerana keperluan untuk hidup adalah bersifat segera. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya dalam menyalurkan bantuan berupa zakat ataupun infaq yang lain bagi membantu saudara-saudara seIslam yang terbabit dalam bencana seperti banjir dan lain-lain. Wallahua’lam

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan

Ikuti kupasan lanjut di laman Mufti Wilayah Persekutuan.






Pengurusan Bencana IV: Pembungkusan Kenderaan dan Aset Penting






Air banjir mampu merosakkan kereta dengan beberapa cara seperti menyebabkan litar pintas pada terminal positif dan negatif bateri, menyebabkan ruang enjin dimasuki air dan menyebabkan saluran ekzos dipenuhi lumpur.

Untuk mengurangkan risko kerosakan pada kereta, terdapat pemilik kereta yang telah membungkus kereta dengan beg plastik besar. Ia idea yang sungguh baik !

Lihat 4 cara membungkus kereta yang mungkin boleh anda praktikkan.
1. Gunakan car cover secara terbalik bagi risiko banjir yang rendah.
2. Gunakan plastik bersaiz besar. Kebiasaannya, plastik sebesar ini adalah untuk kegunaan industri.
3. Air bubble 
4. Plastik pembungkus kereta dari Filipina. 

Kerugian jutaan ringgit dapat diminimakan dengan idea semudah ini. Selain bungkus kereta, tentu boleh bungkus peti sejuk, televisyen, sofa dan macam-macam lagi.  

Sumber: http://share.sweetmuslimah.com/index.php?iframe=thevocket.com%2Fini-4-cara-bungkus-kereta-apabila-banjir-besar-terapung-habaq-hang%2F 


Pengurusan Bencana III: Amphicoach





Kenderaan amfibia- inovasi yang sangat diperlukan terutama di lokasi yang sering dinaiki air. Pemanasan global meningkatkan paras air dan meningkatkan risiko bencana alam terutamanya banjir yang sukar dikawal. 

Sumber: Sinar Harian, 29 Disember 2014. 

Pengurusan Bencana I: Life Straw

Tuesday 2 December 2014

Hari OKU

Dalam ketidakupayaan, ada kekuatan yang menggugah zaman.

Selamat Hari OKU!






Ikon Belia: Dato' Aliff Syukri



Ikuti jejak dan kisah ikon keushawanan belia ini di laman berikut:

1. Harian Metro

2. DeHerbs

3. Utusan Malaysia

4. You Tube


Saturday 29 November 2014

Tapai pulut


Tapai pulut, kerabu rumpai laut dan ikan bilis hitam.

Sajian tradisi dalam majlis perkahwinan Melayu @ Machang, Kelantan.

Friday 28 November 2014

Masjid Daerah Terbaik Malaysia

Masjid Sultan Yahya Petra, Machang.

Masjid lama yang bersih dan tersusun ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kaunter zakat, paparan digital, wifi dan perpustakaan.

Potret Alam

@Kuala Terengganu, 28 November 2014.

Thursday 27 November 2014

Ikhlas


Bina keikhlasan dalam diri. Buat sesuatu atau tinggalkan sesuatu kerana Allah. Dalam setiap fikir, kata dan tingkah, motif utamanya kerana Allah. Jika perlu, sesekali tuliskan di meja kerja.. "sahaja aku belajar kerana Allah.. sahaja aku bekerja kerana Allah.. atau.. sahaja aku berbicara kerana Allah".

Pesan orang bijaksana, perbaikilah niat kamu, nescaya Allah akan memperbaiki natijah daripada apa yang kamu lakukan.

Allahu a'lam.

*Memanjangkan catatan dalam Facebook pada 24 November 2014 yang lalu.

Wednesday 26 November 2014

Pesona Orkid

Rehatkan minda dengan aroma dan warna segar @ MAHA 2014.

Artikel dalam Research Gate

Buat masa ini, hanya 4 artikel terdahulu boleh dimuatnaik melalui Researchgate.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.

https://www.researchgate.net/profile/Jamiah_Manap




Wednesday 19 November 2014

Enam (6) KRA UKM

Enam bidang keberhasilan utama (KRA) Universiti Kebangsaan Malaysia



Sumber infografik: http://www.ukm.my/strategi-ukm/enam-6-keberhasilan-utama/

Monday 17 November 2014

Storify Pembangunan Belia

Laman Storify ini mengandungi repositori kandungan berkaitan dengan pembangunan belia bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikemaskini dari masa ke masa.

https://storify.com/jamiah/pembangunan-belia-1


Flipped Learning







Bengkel Flipped Learning oleh Prof. Dr. Abdul Karim Alias dari Universiti Sains Malaysia pada 12 November 2014 di Bilik Majlis, Bangunan Canselori, UKM.

Ikuti perkongsian pintar beliau seputar pembelajaran untuk generasi baru di http//onestoplearning.blogspot.com. #flippedlearning

Monday 10 November 2014

Faktor-Faktor Pemerdagangan Orang di Malaysia

http://www.slideshare.net/jamiahmanap/faktor-faktor-pemerdagangan-orang-jamiah-et-al-2014


Friday 17 October 2014

Kita sama tapi tak serupa..



Setiap orang, peta hidupnya berbeza. Cap jarinya berbeza. Titik kekuatan dan kelemahan dirinya berbeza. Masanya berbeza. Akal, kebijaksanaan, ruang dan peluangnya berbeza. Jodoh dan rezekinya juga berbeza. Justeru, ujian dan rintangan hidupnya juga berbeza-beza, bersesuaian dengan kapasiti dirinya. Kerana itu, tidak perlu walau sezarah pun kedengkian mahupun kesombongan bertakhta di dalam jiwa.

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan, bukankah maut dan hayat itu neraca, akan siapakah di antara kita - yang terbaik amalannya?

Monday 13 October 2014

Bajet Malaysia 2014

http://mybajet.my/summarized-info-of-budget-2014


Muatnaik teks ucapan Bajet 2014 oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 25 Oktober 2014 dalam  Portal Khas Bajet 2014  BERNAMA

Sunday 12 October 2014

Teknik Print Screen



'Print screen' memudahkan proses menulis nota kuliah, membuat pembentangan dan penulisan buku yang bersifat bersifat praktikal seperti SPSS, Nvivo dan AMOS. Berikut teknik ringkas membuat salinan paparan skrin di komputer:

1. Paparkan imej yang dikehendaki


2.  Klik 'PrtScn' atau 'Alt' + 'PrtScn' pada papan kekunci


3. Klik 'Ctrl' + 'V' pada paint brush, edit imej yang dikehendaki menggunakan 'crop' dan sebagainya


4. atau terus  ke paparan slaid power point/Ms Word seperti contoh di bawah.



Thursday 2 October 2014

Perjuangan.. perlu diteruskan..



Sobahun nur, selamat pagi yang bercahaya.

Alhamdulillah,masih lagi bernyawa dan diberikan kudrat untuk meneruskan perjuangan. Setiap perjuangan.. meski kecil adalah petanda yang kita masih wujud di dunia ini. Masanya akan tiba.. dan telah ditetapkan untuk pulang kepada ar-Rahman, bersemadi di alam kubur sebelum diaudit di Yaumil Mahsyar.

Dalam perjuangan, sesekali tersalah langkah lalu segera kembali ke jalan yang lurus. Adanya muhasabah, bermakna ada ruang untuk menilai, merenung dan taubah. Adanya taubah, bermakna ada ruang penyucian diri dan islah. Adanya islah, bermakna ada ruang penambahbaikan jua petanda bahawa manusia itu, sifatnya tidak pernah sempurna. Maha Suci Allah yang Maha Suci lagi Maha Sempurna. 

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan, semoga hari esok lebih baik berbanding hari ini. Tenanglah... yakinlah.. berusahalah.. bertaqwalah.. bertawakkallah dan redhalah dengan setulus jiwa. Moga sentiasa berbahagia dan berjaya dalam merentas perjalanan kehidupan yang sementara. 

Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Walillahil hamd.

Wednesday 1 October 2014

Pengajaran




Kursus Teras/Elektif/Citra

Pembangunan Belia
Dinamika Keluarga
Pembangunan Keluarga dan Wanita
Psikologi Kesihatan
Asas Statistik
Metodologi Penyelidikan
Psikologi Perkembangan
Pertumbuhan dan Perkembangan Manusia

Kemahiran Insaniah
Pemikiran Kreatif dan Inovatif (HHHC 9801)
Komunikasi Efektif (LMCK 1331)

Sunday 28 September 2014

Ikon Belia: Dr. Hazirah Izzati

Hazirah Izzati, menerima PhD pada usia 24 tahun.

Thursday 25 September 2014

Tips Mengurangkan Beban Hutang




1. Rancang belanjawan tahunan, bulanan, mingguan dan harian. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

2. Tingkatkan pendapatan pasif.

3. Segerakan pembayaran penuh (full settlement) hutang yang ada apabila berpeluang. Sebelum itu, dapatkan sebutharga daripada pihak bank untuk pembayaran penuh dan nikmati rebat tunai. 

4. Setiap kali memperolehi gaji, bayar hutang bulanan dengan segera. Buat simpanan tetap sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan. Wujudkan sekurang-kurangnya dua akaun: 1. Tabungan keluarga, 2. Tabungan penyelesaian hutang. Bakinya, asingkan untuk keperluan harian. Sekiranya masih berbaki, simpan, beli emas atau laburkan dalam skim pelaburan yang berisiko sederhana. 

5. Senaraikan hutang. Tetapkan matlamat untuk menyelesaikan satu per satu hutang. Banyakkan berdoa agar diberi kelapangan untuk menyempurnakan segala hutang. Syukuri segala nikmat. Berbakti kepada kedua ibu bapa. Hubungkan tali silaturahim. Sempurnakan tugas dan kewajipan.  Tunaikan zakat dan perbanyakkan bersedekah untuk menyucikan harta.Moga beroleh rezeki yang barakah dan berlimpah.  

6. Utamakan pembelian tunai berbanding kredit. Nikmati harga yang lebih rendah dan ketenangan jiwa. 

7. Kumpulkan duit syiling dan baki-baki kecil dalam satu bekas. Simpan ke dalam bank atau tukarkan dengan peniaga. Lebih seronok jika ada satu akaun khas untuk itu. 

8. Wujudkan satu pasukan yang komited dan berintegriti untuk saling menyokong, saling membantu serta saling berkongsi sumber dalam menyempurnakan hutang dan menambah pendapatan. Pastikan ada perjanjian dan rekod bertulis supaya setiap urusan adalah jelas, difahami, lancar dan 'transparent'. Pasukan boleh terdiri daripada pasangan, ahli keluarga atau sahabat baik yang diketahui mempunyai sifat yang amanah. 

9. Sertai skim takaful yang berbentuk simpanan bagi tujuan perlindungan segera pada masa kecemasan. Secara tidak langsung, ia turut membantu orang lain yang memerlukan. Hubungi agen yang cekap dan beramanah.  

10. Jual barangan yang sudah tidak diperlukan atau tidak digunakan dengan harga yang berpatutan. Lebih menarik apabila barangan tersebut dimanfaatkan oleh lain berbanding dibiarkan bersawang di rumah/pejabat. 

Monday 22 September 2014

Atasi Batuk dengan Garam




Batuk teruk? Atasi dengan garam.

Setiap kali tekak terasa gatal, letakkan secubit garam ke lidah, biarkan ia melarut bersama air liur dan mengalir perlahan melintasi kerongkong.

Moga cepat sembuh.

Sunday 21 September 2014

Modul Pembangunan Belia






Modul Pembangunan Belia edisi ke-2 khusus untuk pelajar yang mengikuti kursus SKPM 2030 (Pembangunan Belia) Semester 1 Sesi 2014/2015.

Selamat Maju Jaya.

Thursday 18 September 2014

Ranking Keperluan Asas untuk Pembelajaran di Universiti



Dalam era globalisai, apabila melangkah ke universiti, prioriti keperluan asas pembelajaran sedikit berbeza dengan dekad terdahulu. Berikut adalah ranking 1-7 bagi keperluan tersebut:

1. Broadband
2. Telefon pintar
3. Komputer/laptop/tablet/notebook
4. Tumb-drive/portable external hard disk
5. Mesin pencetak (printer)
6. Pen dan buku nota
7. Kertas A4

Wednesday 17 September 2014

Ranking Universiti-Universiti di Malaysia




SINGAPURA 16 Sept. - Ranking universiti-universiti di Malaysia semakin meningkat berdasarkan senarai QS World University Rankings 2014, apabila tiga universiti berada dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia.

Menurut senarai terbaru itu, Universiti Malaya (UM) berjaya memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke-167 pada tahun lepas, kepada 151 pada tahun ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meningkat ke tangga 294 daripada 355.
Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) juga bertambah baik, daripada 355 kepada 309; Universiti Putra Malaysia (UPM) di tangga ke-376 daripada kedudukan 411-420, manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal dalam slot yang sama (501-550) seperti pada tahun lepas. 

Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga memperbaiki kedudukannya, berada dalam kategori 651-700 berbanding tahun lepas 701 . 

Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.

Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.

Keseluruhannya, laporan itu berkata QS World University Rankings meletakkan fokus kajian saintifik dan teknologi berimpak tinggi sebagai tonggak kemajuan kepimpinan.

Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS) berada di tangga teratas dalam kelompok 10 institusi terbaik dunia bagi tahun ketiga berturut-turut.

Ia diikuti University of Cambridge (United Kingdom), Imperial College London (UK), Harvard University (AS), University of Oxford (UK), UCL (University College London) (UK), Stanford University (AS), California Institute of Technology (AS), Princeton University (AS) dan Yale University (AS). - BERNAMA

Tuesday 16 September 2014

Google Doodle: Selamat Hari Malaysia

Selamat Hari Malaysia: 16 September 2014.

Doodle kreatif sambutan Hari Malaysia  ini dimenangi oleh seorang pelajar sekolah menengah di Sekinchan.

Sumber: New Straits Times Press

Monday 15 September 2014

Pengajaran dan Pembelajaran (TnL) dalam Dunia Digital


Dunia digital menjadikan pembelajaran leih mudah dan efisyen. Penambahbaikan sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti di harap dapat melahirkan mahasiswa yang berketrampilan, dinamik dan berwibawa.

Seiring meraikan generasi Y dan Z yang kini mulai menjadi warga universiti, sistem pembelajaran 'blended learning' diperkenalkan di semua universiti. Melalui sistem ini, sekurang-kurangnya 30% daripada pembelajaran dikendalikan secara online. Di UKM contohnya,  '' blended learning" yang dikendalikan melalui i-folio memberikan fleksibiliti, memudahkan capaian maklumat dan pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan secara efektif dan tersusun.

Bersambung...






Saturday 13 September 2014

Bersatu kita teguh..



#synergy

Masjid Essalam, Netherland

Masjid Essalam.. barangkali ini satu-satunya jantung umat Islam di Netherland.

Pada zaman Rasulullah, masjid merupakan pusat ibadah, pusat ilmu, pusat citra, pusat pentadbiran dan pusat pembangunan semangat jemaah dan berpasukan (team building) umat Islam.

Sejauhmanakah ribuan masjid yang ada pada hari ini memainkan peranannya?

Friday 12 September 2014

Didera kerana Perempuan

Wanita.. amanah dan anugerah Allah yang perlu ditatang dengan berhati-hati  oleh  lelaki. Perspektif hidup yang salah terhadap wanita mengakibatkan mereka  terus tertindas dan teraniaya di sebilangan negara.

Sumber: Utusan online.

Thursday 11 September 2014

Seminar Perlindungan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan




Tarikh: 8 OKTOBER 2014 (Rabu)

Masa:  8.30 Pagi hingga 5.30 petang

Tempat: BANGUNAN CANSELORI, UKM
          

OBJEKTIF SEMINAR

 

· Memberi penjelasan secara terperinci kepada khalayak institusi pengajian tinggi berhubung aspek-aspek perlindungan kepada kanak-kanak



· Memberi kesedaran kepada khalayak institusi pengajian tinggi berhubung kepentingan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak; dan

· Menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi yang akan bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada kerajaan dalam usaha membantu menangani keganasan terhadap kanak-kanak.

TEMA SEMINAR

“KESELAMATAN KANAK-KANAK: MEMPERKASA POTENSI, MELESTARI  KESEJAHERAAN”


TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi    Pendaftaran Peserta
9.00 pagi    Ucapan aluan oleh Penganjur
9.15 pagi    Ucapan Pembukaan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
9.30 pagi    Minum pagi

Sidang Plenari

10.00 -  1.00 petang  Moderator: Prof. Dr. Rohany Nasir (UKM)

Kertas Kerja 1 : “Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak” - Ketua Pengarah Bahagian  
                             Kanak-Kanak JKM

Kertas Kerja 2 : “Kesejahteraan Psikologi Kanak-Kanak ” -  YBhg. Prof. Dr. Khaidzir Hj.
                             Ismail, UKM

Kertas Kerja 3 : “Keganasan Terhadap Kanak-Kanak Masa Kini” - PDRM

Kertas Kerja 4 : “Peranan Masyarakat dalam Menangani Keganasan terhadap
                              Kanak-Kanak”  - PPJM

Kertas Kerja 5 : “Perlindungan Kanak-Kanak di Alam Siber” -  Suruhanjaya Komunikasi 
                              dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Kertas Kerja 6: “Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Menangani Isu
                             Keselamatan Dan Kesejahteraan Kanak-Kanak” - KKM

 




Sidang Selari (World Café)

2.00 petang   Tema: “Keselamatan Kanak-Kanak: Memperkasa Potensi, Melestari    
                     Kesejahteraan”

Kumpulan 1 : Pembangunan Pendidikan untuk Pemerkasaan Kanak-Kanak dan 
               Keluarga

Kumpulan 2 : Kesihatan, Keselamatan Kanak-Kanak dan Sokongan Sosial

Kumpulan 3 : Integrasi Penyelidikan, Perkhidmatan dan Dasar Kanak-Kanak


3.00 petang  Rumusan dan Resolusi



MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMINAR

3.30 petang  Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Ketibaan Naib Canselor UKM
Ketibaan Ketua Setiausaha, KPWKM

4.00 petang  Ketibaan YBM Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Nyanyian Negaraku
Bacaan doa
Ucapan Alu-aluan Naib Canselor UKM
Ucapan Aluan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Penyerahan Resolusi Seminar Perlindungan Kanak-Kanak 2014
Ucapan Perasmian Penutup YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga  
Dan Masyarakat
Upacara Menandatangani MoU JKM-UKM
Sidang Media

5.00 –    Minum petang
5.30 petang 

5.30 petang  Bersurai


PENDAFTARAN PENYERTAAN



Sila hubungi:
 
Dr. Nur Saadah bt. Mohamad Aun
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakuklti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

Emel :  n_saadah@ukm.edu.my
Telefon:  03-89213530  No. Faks :  03-89213541