Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Friday 23 December 2016

Refleksi P&P

Refleksi pelajar terhadap kursus Pembangunan Belia (SKPM 2023).

Monday 19 December 2016

Bersama Membangun Peradaban.. Mencipta Keindahan.



Falsafah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang saya pegang adalah mudah iaitu:

"Bersama membangun peradaban.. mencipta keindahan".

Pendidikan merupakan proses transformasi berterusan dalam membentuk manusia yang beradab. Adab dalam konteks yang lebih luas bukan sekadar tentang sopan santun dan ketatasusilaan. Akan tetapi,  ia membahaskan tentang hasil dari adab itu sendiri iaitu peradaban (civilization) atau tamadun yang dibangunkan oleh manusia yang beradab untuk dimanfaatkan oleh manusia untuk  kesejahteraan sejagat demi meraih keredhaan Allah SWT.

Sehubungan itu, dalam konteks P&P, matlamat utama seorang pendidik adalah untuk membentuk kesedaran serta menyediakan pelajar untuk menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang beradab (berakhlak mulia dan memiliki personaliti menjulang atau 'towering personality') dan berupaya membangunkan peradaban  untuk memberi manfaat kepada manusia lain dengan penuh keikhlasan.

Dalam pada itu, tujuan akhir peradaban dibangunkan adalah untuk mencipta keindahan. Keindahan juga membawa makna yang luas. Ia merangkumi kebaikan, kemuliaan, ketinggian,  kebitaraan,  keunggulan, kesempurnaan, kesejahteraan, keseimbangan, kebahagiaan, ketenangan dan kemakmuran. 

Oleh itu, pendidikan juga merupakan mekanisme berterusan untuk melahirkan peribadi yang berkualiti lagi terpuji untuk memaknai kehidupan manusia dengan cara yang terbaik. Ini bermakna, pendidikan alaf baru sewajarnya mampu memperkasakan pelajar sebagai agen peradaban yang berupaya mentransformasikan persekitarannya secara terancang dengan ilmu yang benar, kreativiti terpandu, inovasi berimpak dan penyelidikan berterusan.
Kangar, 20 Disember 2016.

Tuesday 13 December 2016

Senarai Wacana Forum Pembangunan Belia SKPM 2023 Semester 1 2016/2017


Berikut merupakan senarai tugasan kumpulan iaitu wacana pembangunan belia yang telah diterima dan boleh diakses menggunakan You Tube dengan kata kunci 'skpm 2023' atau 'pembangunan belia' daripada Agen Pembangunan Belia SKPM 2023 semester 1 2026/2017:

  1. Remaja dan Telefon Bimbit
  2. Viral di Media Sosial
  3. Pergaulan Bebas
  4. Belia Berintegriti Masa Dihargai
  5. Mengapa Remaja Membunuh Diri?
  6. Kecelaruan dan Krisis Identiti 
  7. Graduan Menganggur
  8. Kemurungan Mahasiswa
  9. Kahwin Muda
  10. Rakan Sebaya

Selamat Berwacana!