Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Sunday 31 August 2014

Kerjaya Sebagai Hobi

Pilih kerjaya yang kamu cintai dan kamu tak perlu bekerja walau sehari pun di dalam hidup kamu. 

-Confucius -

Procrastination is the theft of time.

Weekend story...  @ FB Jokes and Funny Pictures


Saturday 30 August 2014

Aplikasi Permainan Video

Bil yang tinggi.. antara sebab utama ibu bapa perlu sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka apabila menggunakan gajet pintar masakini.

Sumber: Mingguan Malaysia, 31/08/14.

Anugerah Keluarga Mithali 2014

Selamat Hari Merdeka


31 Ogos 2014.


Kemerdekaan mesti dipertahankan.  Berdiri teguh dan membina kekuatan yang tiada tandingan.

Keamanan mesti dipertahankan. Aman daripada peperangan. Aman daripada hasad dengki dan cita-cita songsang. Aman dari jenayah, fitnah, kebatilan dan kegusaran.

Kebebasan mesti dipertahankan. Bebas untuk berjaya. Bebas beradab dan berbudaya. Bebas dari campur tangan kuasa asing dan ideologi menyesatkan. Bebas hidup bersama dalam komuniti penyayang. Bebas untuk berbahagia dalam kepelbagaian. Bebas untuk berfikir, bekerja dan menyumbang. 

Malaysia, Selamat Hari Merdeka ke-57!





Sharing is caring..

Source: FB Dunia Kucing

Laman Pilihan: Doktor Budak

http://www.doktorbudak.com/

Laman ini dibangunkan oleh dua orang pakar pediatrik, Dr. Foo Chee Hoo dan Dr. Zahilah Filzah.

 Online advice: Consultant paediatricians Dr Foo Chee Hoe and Dr Zahilah Filzah Zulkifli created DoktorBudak.com to encourage more parents to seek early medical help for their children.

Ikuti soal-jawab menarik berkaitan kanak-kanak dan langkah-langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan kesihatan yang optimum dalam laman berikut:







Friday 29 August 2014

Menangani Kos Sara Hidup

Kuasa pengguna dalam menangani kenaikan harga barangan:

1. Boikot, sehingga harga menurun.

2. Beralih kepada barangan lain yang lebih murah namun memberi manfaat yang sama.

Sumber: Utusan Malaysia, 29 Ogos 2014.

Pakej Khas

Thursday 28 August 2014

Cara Menganggar Bilangan Muka Surat



Ingin menghantar buku kepada penerbit?

Berikut sifir mudah untuk menganggar bilangan muka surat buku yang saudara/i terbitkan:

                                         Jumlah Perkataan
Bilangan muka surat =     ________________

                                                   300

Ya, bahagikan jumlah perkataan dengan 300. Bermakna, purata 1 muka surat buku adalah 300 patah perkataan.

Bagaimanapun, formula ini terpakai untuk Penerbit UKM. Penerbit lain mungkin memiliki formula yang berbeza.

Tuesday 26 August 2014

Orang Besar



Barangsiapa berilmu dan beramal serta mengajar, maka itu disebut 'orang besar' di segala petala langit. 

Kata Nabi Isa dalam Imam Ghazali (1998: 65). 



Rujukan: 

Imam Ghazali, 1998. Ihya ulumiddin (Jiwa agama) jilid 1: Kuala Lumpur: Victory Ajensi.


Komunikasi Keibubapaan dalam Keluarga Ibu Mithali



http://johdec.unimap.edu.my/index.php/last-issues

Cinta dan Kehidupan: Cinta dalam Kehidupan Berkeluarga sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup.





SEDUTAN RINGKAS BAB DALAM BUKU..
 
Bab ini membincangkan tentang kepentingan, manifestasi dan matlamat cinta dalam kehidupan berkeluarga. Selain itu, bab ini turut membicarakan tentang amar makruf nahi mungkar dalam keluarga, ciri-ciri keluarga yang dicintai Allah S.W.T. Akhir sekali, bab ini mendedahkan strategi yang digunakan oleh keluarga Ibu Mithali dalam mengukuhkan cinta sesama ahli keluarga mereka.

KEPENTINGAN CINTA DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA
Cinta adalah rasa kasih di dalam jiwa yang perlu diterjemahkan dalam bentuk verbal (kata-kata) dan tindakan (tingkah-laku) dalam kerangka syariat. Cinta sejati tanda kesempurnaan agama.  Tidak sempurna iman seseorang Muslim selagi dia tidak menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri (Hadith 40 An-Nawawi: 13). Justeru, kehidupan orang yang beriman penuh dengan rasa cinta dan kasih-sayang yang lahir dari keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya.
Cinta dalam kehidupan berkeluarga adalah penting dalam kerangka pengukuhan dan pengunggulan institusi keluarga itu sendiri. Keluarga sebagai unit asas masyarakat adalah pencetus kepada kegemilangan tamadun ummah. Justeru, setiap keluarga bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing, mengasuh, memimpin dan membangunkan potensi fizikal, emosi, rohani dan intelektual setiap ahli dalam keluarga tersebut pada tahap yang optimum agar menjadi modal insan yang cemerlang lagi terpuji yang memakmurkan komuniti. 

 
 
 Rujukan penuh:

 Jamiah Manap, (2013). Cinta dalam kehidupan berkeluarga sebagai pemacu kecemerlangan hidup dalam Cinta dan Kehidupan. Disunting oleh Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris, & Aminudin Basir. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Parenting Skills: Exploring the Success Stories of Ibu Mithali's Parenting Style and Nurturance of Their Children






Tesis ijazah doktor falsafah di Institut Pendidikan (INSTED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Modul Pembangunan Belia




Modul akademik khusus untuk pelajar yang mengikuti kursus Pembangunan Belia (SKPM 2023). 

Modul Solat: Keindahan Solat yang Sempurna




Modul khusus pemantapan ibadah solat untuk pelajar. Semoga bermanfaat.

Modul Persona Muslim






Modul khusus untuk pembangunan personaliti Muslim pelajar. Semoga bermanfaat.

Jurnal Akademika (Journal of Southeast Asia Social Sciences and Humanities)


Vol 83, No 2 & 3 (2013)

AKADEMIKA 83

Page Header

 Artikel terkini dalam Jurnal Akademika

 Table of Contents

Articles

Pengaruh Aspek Kecerdasan Emosi Terhadap Tingkah Laku Kepimpinan Transformasi dalam Kalangan Pemimpin Pendidik Sekolah PDF
Nurul Hudani Md. Nawi (Universiti Malaysia Sabah, nuruldin01@yahoo.com), Marof Redzuan (Universiti Putra Malaysia, marof@putra.upm.edu.my), Noor Hisham Md. Nawi (Universiti Malaysia Kelantan, hisham@umk.edu.my)
Membina Jambatan Kesepaduan Pelbagai Bangsa di Singapura dalam Arus Kebangkitan Negara Republik Rakyat China PDF
Kamsiah Abdullah (Universiti Brunei Darussalam, kamsiah.abdullah@ubd.edu.bn)
Pelaburan Asing dan Pencapaian Pembangunan Seimbang di NCER: Satu Ulasan Kritis PDF
Nooriah Yusof (Universiti Sains Malaysia, nooriah@usm.my), Norain Mat Lazim (Universiti Sains Malaysia, ain87_ml@yahoo.com), Sharifah Rohayah Sheikh Dawood (Universiti Sains Malaysia, sdawood@usm.my)
Manfaat daripada Pelaksanaan Program Pembasmian Kemiskinan di Daerah Song, Sarawak PDF
Chin Hoe Kwok (Universiti Malaya, kwokchinhoe@yahoo.com), Haris Abd Wahab (Universiti Malaya, haris@um.edu.my)
Pandangan Dunia dan Konteks Upacara dalam Sumazau Penampang, Sazau Papar dan Sumazau Paina Membakut PDF
Kok On Low (Universiti Malaysia Sabah, lowkokon@ums.edu.my), Sri Ningsih (Universiti Malaysia Sabah, ningsih_ums@yahoo.com)

Nota: Saudara/i dialu-alukan untuk menyumbang artikel yang berkualiti di dalam jurnal ini. Untuk melihat arkib artikel atau menghantar artikel baru, sila rujuk laman berikut:

http://ejournal.ukm.my/akademika/issue/current

Seminar Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, FSSK, UKM.


 



Sila rujuk: http://www.ukm.my/icosh-ukm2014/

Monday 25 August 2014

The Arts of Nature



Photo: The arts of nature..

Seminar Bicara Dakwah UKM

Pembangunan Dakwah Kontemporari Kepada Saudara Baru  





Pada : 18 Disember 2014

Maklumat lanjut: http://www.ukm.my/bicaradakwah/index.html#