Tuesday 26 August 2014

Cinta dan Kehidupan: Cinta dalam Kehidupan Berkeluarga sebagai Pemacu Kecemerlangan Hidup.





SEDUTAN RINGKAS BAB DALAM BUKU..
 
Bab ini membincangkan tentang kepentingan, manifestasi dan matlamat cinta dalam kehidupan berkeluarga. Selain itu, bab ini turut membicarakan tentang amar makruf nahi mungkar dalam keluarga, ciri-ciri keluarga yang dicintai Allah S.W.T. Akhir sekali, bab ini mendedahkan strategi yang digunakan oleh keluarga Ibu Mithali dalam mengukuhkan cinta sesama ahli keluarga mereka.

KEPENTINGAN CINTA DALAM KEHIDUPAN BERKELUARGA
Cinta adalah rasa kasih di dalam jiwa yang perlu diterjemahkan dalam bentuk verbal (kata-kata) dan tindakan (tingkah-laku) dalam kerangka syariat. Cinta sejati tanda kesempurnaan agama.  Tidak sempurna iman seseorang Muslim selagi dia tidak menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri (Hadith 40 An-Nawawi: 13). Justeru, kehidupan orang yang beriman penuh dengan rasa cinta dan kasih-sayang yang lahir dari keimanan yang teguh kepada Allah S.W.T. dan rasul-Nya.
Cinta dalam kehidupan berkeluarga adalah penting dalam kerangka pengukuhan dan pengunggulan institusi keluarga itu sendiri. Keluarga sebagai unit asas masyarakat adalah pencetus kepada kegemilangan tamadun ummah. Justeru, setiap keluarga bertanggungjawab untuk mendidik, membimbing, mengasuh, memimpin dan membangunkan potensi fizikal, emosi, rohani dan intelektual setiap ahli dalam keluarga tersebut pada tahap yang optimum agar menjadi modal insan yang cemerlang lagi terpuji yang memakmurkan komuniti. 

 
 
 Rujukan penuh:

 Jamiah Manap, (2013). Cinta dalam kehidupan berkeluarga sebagai pemacu kecemerlangan hidup dalam Cinta dan Kehidupan. Disunting oleh Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Fazilah Idris, & Aminudin Basir. Bangi: Pusat Pengajian Umum, Universiti Kebangsaan Malaysia. 

0 comments:

Post a Comment