Thursday 2 October 2014

Perjuangan.. perlu diteruskan..



Sobahun nur, selamat pagi yang bercahaya.

Alhamdulillah,masih lagi bernyawa dan diberikan kudrat untuk meneruskan perjuangan. Setiap perjuangan.. meski kecil adalah petanda yang kita masih wujud di dunia ini. Masanya akan tiba.. dan telah ditetapkan untuk pulang kepada ar-Rahman, bersemadi di alam kubur sebelum diaudit di Yaumil Mahsyar.

Dalam perjuangan, sesekali tersalah langkah lalu segera kembali ke jalan yang lurus. Adanya muhasabah, bermakna ada ruang untuk menilai, merenung dan taubah. Adanya taubah, bermakna ada ruang penyucian diri dan islah. Adanya islah, bermakna ada ruang penambahbaikan jua petanda bahawa manusia itu, sifatnya tidak pernah sempurna. Maha Suci Allah yang Maha Suci lagi Maha Sempurna. 

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan, semoga hari esok lebih baik berbanding hari ini. Tenanglah... yakinlah.. berusahalah.. bertaqwalah.. bertawakkallah dan redhalah dengan setulus jiwa. Moga sentiasa berbahagia dan berjaya dalam merentas perjalanan kehidupan yang sementara. 

Allahu Akhbar. Allahu Akhbar. Walillahil hamd.

0 comments:

Post a Comment