Sunday 12 February 2017

Kursus SKPM 2023 (Pembangunan Belia) Semester 1 2016/2017


Prakata



Kursus SKPM 2023 pada asalnya merupakan kursus wajib bagi pelajar Sarjana Muda Pembangunan Manusia (Dengan Kepujian) di bawah Program Pembangunan Manusia, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia (kemudian dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia - PsiTRA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM. Bagaimanapun, bermula pada tahun 2013, ia mula dibuka kepada semua pelajar UKM sebagai kursus elektif dan akhirnya sebagai kursus CITRA universiti. Ini rentetan penangguhan program tersebut di peringkat universiti. Sejak itu, ia mula melatih pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang fakulti untuk menjadi Agen Pembangunan Belia (APB) yang berkesan. Dua modul telah dibangunkan khusus untuk kursus ini iaitu Modul (akademik) Pembangunan Belia (Jamiah, 2014) dan Modul Latihan Agen Pembangunan Belia untuk Generasi Z  (Jamiah, 2016). Pelbagai pendekatan digunakan untuk memastikan kursus ini kekal relevan dan bersesuaian dengan aspirasi negara dan generasi belia masakini. Elemen pembangunan sumber manusia (HRD) diterapkan sebaiknya dalam kursus ini melalui program TOT Agen Pembangunan Belia bagi memperkasakan mahasiswa UKM sebagai APB yang berwibawa. Selain itu, bagi memperkemaskan lagi kursus ini, beberapa penambahan/penambahbaikan dibuat pada semester ini iaitu:

1. MOOC Kursus Asas Pembangunan Belia 1
2. Forum siswa (tugasan kumpulan kecil APB yang bersiaran melalui You Tube APB)
3. TOT Agen Pembangunan Belia
4. You Tube aktiviti kursus Pembangunan Belia (Jamiah TV)
5. Laman blog kursus Pembangunan Belia Semester 1 2016/2017
6. Isu-isu semasa belia (FB Dr Jamiah Manap, melalui #SKPM2023)
7. Wacana ringkas pemerkasaan belia (Twitter Jamiah Manap, melalui #SKPM2023)
8. Aktiviti berbalas pantun (isu pembangunan belia)
9. Rakaman video nota kuliah
10. Anugerah APB Versatil, APB Kepimpinan Terpuji, APB Berakhlak Mulia, APB Kreatif, APB Prihatin dan APB Terbaik.

Dalam pada itu, aktiviti kuliah lain yang masih dikekalkan adalah seperti berikut:

1. Sesi kuliah bersemuka
2. Perbincangan & pemberitahuan melalui wassup Pembangunan Belia
3. i-Folio
4. Sesi taaruf
5. Sketsa Pembangunan Belia
6. Aktiviti kecerdasan/Senaman ringan
7. Pembelajaran kendiri buku Modul (akademik) Pembangunan Belia
8. Program Pembangunan Belia (Projek Kumpulan)
9. Pembentangan Tugasan
10. Jamuan
11. Hari Belia dan Anugerah Agen Pembangunan Belia Terbaik (Lelaki & Perempuan)



Profil Pasukan Pensyarah T30 SKPM 2023 Sem 1 2016/2017:

Pengajaran kursus SKPM 2023 bagi semester ini sedikit berbeza kerana melibatkan 5 orang pensyarah jemputan daripada PsiTRA dan seorang pensyarah dari Pusat CITRA Universiti.  Kesemua mereka terlibat secara langsung dalam Tugasan Kumpulan Besar iaitu Program Pembangunan Belia yang dianjurkan dan dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar. Berikut merupakan profil kesemua pensyarah yang terlibat bagi semester ini:
  1. Dr. Jamiah Manap (Ketua & Penyelaras Kursus) 
  2. PM Dr Fazilah Idris (Penyarah Jemputan, Pusat CITRA Universiti)
  3. Dr Chong Sheau Shuey (Pensyarah Kursus)
  4. Dr Arena Che Kasim (Pensyarah Jemputan, PsiTRA)
  5. Dr Aizan Sofia Amin (Pensyarah Jemputan, PsiTRA)
  6. Dr Siti Fardaniah Abdul Aziz (Pensyarah Jemputan, PsiTRA)
  7. Dr Noordeyana Tamil (Pensyarah Jemputan, PsiTRA)
  8. Dr Mohd Nasir Selamat (Pensyarah Jemputan, PsiTRA)


Sinopsis Kursus

Kursus ini bergerak daripada suatu pemikiran positif bagi menangani stereotaip negatif yang sering dilemparkan masyarakat awam terhadap kaum belia sebagai kelompok bermasalah dan sering menimbulkan masalah. Sebaliknya, kursus ini menekankan pemahaman dan pengetahuan mengenai pelbagai maslah dan dilema yang dialami kaum belia serta kerumitan dalam menanganinya. Kursus ini juga dirangka untuk memupuk kemahiran yang diperlukan para pelajar terutama berkaitan prinsip-prinsip dan tatacara membangun, menyelaras dan melaksanakan sesuatu program pembangunan belia bagi meningkatkan potensi mereka. Dalam konteks ini, pelajar akan didedahkan kepada program-program pembangunan belia anjuran agensi kerajaan, organisasi dan badan-badan sukarela dengan mendalami falsafah, tujuan dan strategi yang dilaksanakan termasuk meningkatkan kesedaran mereka menegnai hak para belia mengikut undang-undang dan status berkaitan kebajikan mereka.


Lagu Tema Pembangunan Belia

Lagu tema Pembangunan Belia ini disusun daripada gabungan pelbagai jenis muzik dan suara latar. Pada asalnya, ia dibuka secara terpisah-pisah di dalam dewan kuliah semasa sesi terapi berasakan Modul Agen Pembangunan Belia Generasi Z (Jamiah, 2014). Ia kemudiannya digabungkan untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Lagu tema ini dimuatnaik ke dalam You Tube untuk membolehkan pelajar/APB mengaksesnya pada bila-bila masa. 




Topik Kursus


Topik kursus bersifat fleksibel. Begitu juga dengan aktiviti kursus. Ini bersesuaian dengan sifat pembangunan belia yang dinamik dan proaktif.  Nota-nota dan perbincangan kuliah boleh diperolehi di dalam sistem i-Folio (UKM), MOOC Kursus Asas Pembangunan belia, buku Modul (akademik) Pembangunan Belia (Jamiah, 2012) dan Jamiah TV (You Tube). Berikut merupakan topik utama bagi Kursus Pembangunan Belia bagi semester ini: 
  1. Definisi Belia
  2. Agen Pembangunan Belia
  3. Falsafah Pembangunan Belia
  4. Ciri-ciri Belia Unggul
  5. Perkembangan Fizikal, Emosi dan Kognitif Belia
  6. Perkembangan Sosial, Personaliti dan Moral Belia
  7. Konteks Pembangunan Belia: Keluarga, Komuniti, Rakan Sebaya dan Budaya
  8. Perencanaan, Perlaksanaan dan Penilaian Program Pembangunan Belia
  9. Permasalahan dan Cabaran Belia
  10. Pengukuhan dan Pemerkasaan Belia
  11. Penyelidikan Belia
  12. Tips Komunikasi Belia
  13. TOT Pembangunan Belia
  14. Program Pembangunan Belia
Nota Tambahan:





Tugasan Individu 

Diskusi isu-isu pembangunan belia dalam MOOC Kursus Asas Pembangunan Belia. Topik diskusi merangkumi isu-isu berikut: 


1. Mengenali diri dan orang lain
2. Definisi Belia
3. Ciri-ciri  Belia Unggul
4. Agen Pembangunan Belia (APB)
5. Perkembangan Fizikal dan Kognitif Belia
6. Perkembangan Personaliti Belia
7. Faktor Pembangunan Belia
8. Belia Merentas Generasi
9. Gajet dan ICT
10. Rumusan & Refleksi


Tugasan Kumpulan Kecil:

Wacana Forum Pembangunan Belia yang disiarkan melalui You Tube dengan kata kunci 'skpm 2023'. Tugasan wacana ini mensyaratkan APB membincangkan isu-isu yang berbeza berkaitan belia. Slot wacana yang berdurasi antara 5-10 minit ini dianggotai oleh 5 orang ahli sahaja (maksimum).

  1. Remaja dan Telefon Bimbit
  2. Viral di Media Sosial
  3. Pergaulan Bebas
  4. Belia Berintegriti Masa Dihargai
  5. Mengapa Remaja Membunuh Diri?
  6. Kecelaruan dan Krisis Identiti 
  7. Graduan Menganggur
  8. Kemurungan Mahasiswa
  9. Kahwin Muda
  10. Rakan Sebaya
  11. Pendidikan Kesihatan Seksual



Tugasan Kumpulan Besar: Program Pembangunan Belia

Tugasan kumpulan besar atau Program pembangunan Belia dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Setiap kumpulan bertanggung-jawab merancang, melaksana dan menilai program dengan teliti. 

1. Program Sentuhan Kasih

Program Sentuhan Kasih merupakan program pembangunan belia bagi kumpulan 1 bersama anak-anak yatim Sungai Besar. Dalam program ini, APB turut bekerjasama dengan Persatuan ANSARA, Persatuan Anak Negeri UKM dan Stesyen PETRON Jalan Tengkera untuk merealisasikan program ini. Selain itu, disamping perbelanjaan sendiri, APB turut mendapat dana khusus daripada orang perseorangan terutamanya pasukan pensyarah T30 Kursus Pembangunan Belia (SKPM 2023). 




2. Program Jalinan Ukhuwah Bersama UKM

Program Jalinan Ukhuwah Bersama UKM diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Baginda khusus untuk remaja tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan PT3. Program ini merangkumi 3 modul utama yang dibangunkan serta dikendalikan sepenuhnya oleh 3 kumpulan APB. Penutupan rasmi program disempurnakan oleh Pengetua Sekolah Menengah Abu Bakar Baginda yang juga merupakan alumni Universiti Kebangsan Malaysia.




Galeri Agen Pembangunan Belia

Galeri memuatkan rakaman aktiviti yang dilaksanakan di sepanjang semester bagi kursus SKPM 2023.




  • Sketsa Pembangunan Belia: Pengurusan ICT


  • Sketsa Pembangunan Belia: Pengurusan Kesihatan
  • Bakat/Kebolehan Agen Pembangunan Belia 




  • Sesi Berbalas Pantun: Membina Nusa 




  • Sesi Berbalas Pantun: Malang



  • Sesi Senam Santai


Modul Utama:

1. Modul (Akademik) Pembangunan Belia (Jamiah, 2012)


2. Modul Latihan Agen Pembangunan Belia untuk Generasi Z (Jamiah, 2014)



Refleksi Pelajar:

  1. Refleksi 1 (APB Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan melalui email)
  2. Refleksi 2 (APB Fakulti Ekonomi dan Pengurusan melalui wassup)
  3. Refleksi 3 (APB Fakulti Ekonomi dan Pengurusan melalui email)
  4. Refleksi 4 (APB beberapa fakulti melalui MOOC Kursus Asas Pembangunan Belia 1)



Tarikh Kemaskini:

1. 13 Disember 2016
2. 03 Januari 2017
3. 05 Januari 2017
4. 06 Januari 2017
5. 06 Febuari 2017
6. 08 Febuari 2017
7. 13 Febuari 2017
8. 16 Febuari 2017

0 comments:

Post a Comment