Sunday 1 November 2015

Alat Ukuran Psikologi


Sumber foto:  http://ketengah.gov.my/orang-awam/item/226-integriti/226-integriti.html


Ramai penuntut sarjana dan PhD menghubungi saya untuk mendapatkan dua alat ukuran yang telah dibina oleh sekumpulan penyelidik daripada UPM dan UKM iaitu:

1. Muslim Religiosity and Personality Inventory  (MRPI)
2. Inventori Nilai Integriti (InNI)

Untuk makluman, bagi MRPI, inventori yang terkini (updated) boleh diperoleh daripada Dr Abdul Lateef (Steven Eric Kraus) Abdullah. Beliau lebih arif dalam hal ehwal pengukuran religositi.

Saya amat mengalu-alukan sebarang penyelidikan menggunakan kedua-dua inventori tersebut. Di samping itu, terdapat beberapa alat ukuran lain sedang yang telah dibangunkan untuk kegunaan penyelidikan dan penilaian kendiri. Antaranya:

1. Inventori Kemahiran Keibubapaan Mithali (IKKM) yang dibangunkan berasaskan Model Kemahiran Keibubapaan Ibu Mithali 2013, dan
2. Inventori Amanah al-Muhasibi yang dibangunkan berasaskan Model Pembangunan Manusia al-Muhasibi.

Sila hubungi pihak kami terlebih dahulu untuk mendapatkan latihan dan perundingan berhubung alat ukuran tersebut.

Selamat menjalankan penyelidikan.


0 comments:

Post a Comment