Saturday 9 September 2017

MOOC Keluarga Bitara



MOOC Keluarga Bitara telah dilancarkan bagi tujuan pembelajaran mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendaftar bagi kursus SKPM 2023 (Pembangunan Keluarga dan Wanita) bagi semester 1 2017/2018 di pautan berikut:

https://www.openlearning.com/courses/keluarga-bitara/HomePage


Berikut disertakan tips pembelajaran melalui MOOC Keluarga Bitara:

1. Buka talian MOOC menggunakan sumber wifi yang pantas. Pelajar digalakkan melanggan 'broadband' sendiri untuk memudahkan proses pembelajaran.

2. Buka talian MOOC bukan pada waktu kemuncak seperti pada jam 3-5 pagi.

3. Baca arahan yang diberikan dan sempurnakan satu-persatu tugasan dalam modul.

4. Elakkan melakukan tugasan atau memberi maklum balas di saat akhir.

5. Berikan maklumbalas yang berkualiti iaitu setimpal dengan gred yang dikehendaki.

6. Gunakan sepenuhnya input dalam MOOC untuk menguasai subjek dengan sepenuhnya.

7. Kongsikan maklumat/input/pengalaman anda di dalam MOOC.

8. Berikan maklumbalas yang tepat dan jujur.

9. Sentiasa berfikiran terbuka dan saling menghormati dalam sesi perbincangan bersama rakan di dalam MOOC.


Selamat ber MOOC!  :)

0 comments:

Post a Comment