Saturday 9 September 2017

Tanggungjawab Pelajar dalam Penyeliaan Tesis/Penyelidikan



​​
Tanggungjawab Pelajar
​ 

Proses penyeliaan memberi peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran sebagai penyelidik di bawah mentoran penyelia. Oleh yang demikian, Penyelia berhak untuk menuntut komitmen yang tinggi daripada pelajar.Pelajar pula seharusnya memberi reaksi positif kepada panduan, nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh penyelia di samping berusaha meningkatkan kebolehan menjalankan penyelidikan secara mandiri.Sebagai penyelidik siswazah, pelajar perlu:

​          
(1)          Mematuhi Peraturan, Dasar dan Garis Panduan Universiti, khususnya yang berkait dengan   
          perlaksanaan penyelidikan; termasuk dasar berhubung etika penyelidikan, hak harta intelek, amalan kerja           selamat, serta hak cipta dan hak kepengarangan;
​ 


(2)          Berbincang dengan penyelia dan mencapai persetujuan tentang jadual pertemuan;
​ 


(3)          Memastikan ada komunikasi jelas dan terbuka dengan penyelia sepanjang proses penyeliaan;
​ 


(4)          Berbincang dengan penyelia tentang topik dan jadual penyelidikan;
​ 


(5)          Melaksanakan kerja seperti yang ditetapkan oleh penyelia yang termasuk pembacaan, latihan penyelidikan atau mengikuti mana-mana kursus yang diperlukan;


(6)          Memastikan kemajuan penyelidikan selaras dengan jadual yang dipersetujui;
​ 


(7)          Membincangkan masalah atau kesulitan yang dihadapi bersama penyelia, termasuk masalah berhubung akses kepada sumber dan bahan;
​ 


(8)          Menyimpan rekod tentang kemajuan penyelidikan termasuk rekod pertemuan dengan penyelia dan rekod kerja/tugasan yang telah diselesaikan;
​ 


(9)          Memastikan bahan penulisan diserahkan seperti yang dijadualkan dengan memberikan waktu yang sewajarnya untuk membolehkan penyelia memberi maklum balas;
​ 


(10)      Memberi perhatian yang sewajarnya kepada maklum balas dan panduan yang diberikan oleh penyelia;
​ 


(11)      Mematuhi keputusan yang dicapai hasil daripada maklumbalas di antara  Penyelia Utama, Penyelia Bersama dan Penasihat jika berlaku perbezaan pandangan;


(12)      Menyediakan deraf tesis/disertasi dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan seperti yang dicadangkan oleh penyelia;
​ 


(13)      Membuat keputusan tentang bila penyerahan tesis/disertasi hendak dilakukan dengan mengambilkira pandangan penyelia serta memastikan tempoh masa yang ditetapkan Universiti dipatuhi;
​ 


(14)      Memastikan tesis/disertasi yang diserahkan bebas plagiat dan mematuhi keperluan Universiti.
​ 


(15)      Mengambil tanggungjawab dan inisiatif untuk mengikuti program untuk menambahbaik kemahiran yang dianjurkan Fakulti/Institut/Universiti;
​ 


(16)      Mengambil bahagian dan menyumbang kepada budaya penyelidikan Fakulti/Institut;
​ 


(17)      Memastikan semua keperluan pentadbiran dipatuhi;
​ 


(18)      Memastikan keperluan penerbitan yang ditetapkan dipatuhi;
​ 


(19)      Memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Penyelia Utama/Penyelia Bersama/Jawatankuasa Penyeliaan dan Universiti dalam sebarang penerbitan yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang dijalankan;
​ 


(20)      Mendapatkan persetujuan dan pengesahan penyelia bagi sebarang penerbitan yang dibuat berasaskan penyelidikan yang dijalankan semasa di UKM, walaupun pelajar sudah bergraduat;
​ 


(21)      Berunding dengan penyelia tentang tempoh bercuti dan memaklumkan penyelia jika terpaksa mengambil cuti (contohnya atas sebab kesihatan atau masalah keluarga).



Disediakn oleh,


​Puan 
Azlina Ahmad
Ketua Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA

0 comments:

Post a Comment