1. Tetapkan Tajuk Kajian
Kenalpasti topik utama kajian. Bina tajuk yang lengkap dan pastikan ianya dipersetujui oleh penyelia.
2. Rancang Penulisan Sorotan Literatur
Menulis sorotan literatur ibarat menulis sebuah buku mini. Ia perlu dirancang dengan teliti. Rangka peta minda, rangka atau plot sorotan literatur yang diperlukan untuk menyempurnakan kajian. Bahagikan kepada beberapa topik-topik kecil.
3. Cari Bahan untuk Sorotan Literatur
Lakukan carian artikel jurnal dan e-book secara dalam talian menggunakan kata kunci (keyword) yang spesifik. Manfaatkan kemudahan e-journal perpustakaan universiti untuk mendapatkan artikel-artikel yang berkualiti dan terkini. Gunakan kemudahan perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku yang berkaitan dengan topik yang dikaji. Dapatkan dokumen-dokumen penting seperti kertas dasar dan akta-akta terkini untuk mengukuhkan lagi kajian. Pada peringkat awal, cuba dapatkan sekurang-kurangnya 5 artikel jurnal dan 1 buku yang berkaitan.
4. Organisasikan Bahan
Simpan bahan salinan lembut dalam satu folder khas di dalam komputer. Buat salinan atau back-up di dalam email, cloud dan pemacu. Letakkan salinan keras di lokasi yang spesifik dan mudah dicari. Jika perlu, labelkan. Pastikan ia mudah dicapai apabila diperlukan.
5. Baca, analisis dan fahami
Baca dengan teliti. Analisis dan rumuskan refleksi.
6. Rekodkan
Rekodkan pembacaan anda merangkumi perkara berikut
- nama pengarang
- rujukan
- metodologi penyelidikan
- penemuan kajian
- refleksi anda terhadap kajian
6. Sitasi dan rujukan
Rekodkan sitasi dan rujukan kajian secara sistematik mengikut panduan yang diberikan oleh universiti. Contohnya, bagi mahasiswa UKM, patuhi Gaya UKM.
7. Susun dan perkemaskan plot sorotan literatur
Susun semula literatur mengikut rangka atau plot yang telah dibuat. Pastikan ada kesinambungan di antara satu sama lain. Gunakan ayat aktif berbanding ayat pasif.
8. Kemaskini dari masa ke masa
Sentiasa kemaskini sorotan literatur di sepanjang proses penyempurnaan tesis. Semasa penyerahan tesis dibuat, pastikan terdapat sekuarng-kurangnya 3 artikel jurnal terbitan tahun penghantaran atau 3 tahun kebelakangan.
0 comments:
Post a Comment