Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Showing posts with label Tesis. Show all posts
Showing posts with label Tesis. Show all posts

Wednesday, 7 November 2018

Tips Penulisan Tesis (Sains Sosial)



BAB 1: PENDAHULUAN
1. Pendahuluan
2. Latarbelakang Kajian
3. Pernyataan Masalah
4. Permasalahan Kajian
5. Persoalan Kajian
6. Objektif Kajian
7. Hipotesis Kajian
8. Signifikan Kajian
9. Skop dan Limitasi Kajian

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
1. Rekabentuk kajian
2. Lokasi Kajian
3. Persampelan kajian
4. Pengumpulan Data
5. Penganalisisan Data

BAB 4: HASIL KAJIAN
1. Dapatan Kajian
2. Perbincangan

BAB 5: KESIMPULAN
1. Kesimpulan Kajian
2. Cadangan

BIBLIOGRAFI

Hakcipta Terpelihara.

Tuesday, 21 November 2017

Penyataan Masalah



Penyataan masalah atau 'problem statement'dianggap oleh sesetengah ahli akademik sebagai jantung sesebuah tesis. Tanpa penyataan maslah yang jelas, tesis dianggap lemah dan tidak signifikan. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan penyataan masalah, apakah kriteria penyataan masalah yang baik dan bagaimana kaedah untuk menulis penyataan masalah dengan baik?

Definisi Penyataan Masalah   

Menurut Fischler (2017), penyataan masalah adalah:
  • a clear statement that the problem exists
  • evidence that supports the existence of the problem 
  • evidence of an existing trend that has led to the problem
  • definitions of major concepts and terms 
  • aclear description of the setting
  • probable causes related to the problem 
  • a specific and feasible statement


Kriteria Penyataan Masalah Yang Baik

Kaedah Menulis Penyataan Masalah

Contoh Penyataan Masalah

Sumber foto: https://www.lean.org/LeanPost/Posting.cfm?LeanPostId=339

bersambung..


Wednesday, 27 September 2017

Jurnal dalam Talian

Seorang pelajar mengatakan, "Kajian saya tak banyak kajian lepas".

Khusus untuk pelajar UKM, dapatkan artikel koleksi jurnal semasa di laman berikut:

http://www.ukm.my/ptsl/e-journal

Terdapat juga artikel yang boleh diakses oleh semua pelajar dan penyelidik dengan mudah. Antaranya:

1. Google scholar
2. Academia.edu.
3. Research Gate

Selamat membaca! 🤗💚

Saturday, 9 September 2017

Tanggungjawab Pelajar dalam Penyeliaan Tesis/Penyelidikan



​​
Tanggungjawab Pelajar
​ 

Proses penyeliaan memberi peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran sebagai penyelidik di bawah mentoran penyelia. Oleh yang demikian, Penyelia berhak untuk menuntut komitmen yang tinggi daripada pelajar.Pelajar pula seharusnya memberi reaksi positif kepada panduan, nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh penyelia di samping berusaha meningkatkan kebolehan menjalankan penyelidikan secara mandiri.Sebagai penyelidik siswazah, pelajar perlu:

​          
(1)          Mematuhi Peraturan, Dasar dan Garis Panduan Universiti, khususnya yang berkait dengan   
          perlaksanaan penyelidikan; termasuk dasar berhubung etika penyelidikan, hak harta intelek, amalan kerja           selamat, serta hak cipta dan hak kepengarangan;
​ 


(2)          Berbincang dengan penyelia dan mencapai persetujuan tentang jadual pertemuan;
​ 


(3)          Memastikan ada komunikasi jelas dan terbuka dengan penyelia sepanjang proses penyeliaan;
​ 


(4)          Berbincang dengan penyelia tentang topik dan jadual penyelidikan;
​ 


(5)          Melaksanakan kerja seperti yang ditetapkan oleh penyelia yang termasuk pembacaan, latihan penyelidikan atau mengikuti mana-mana kursus yang diperlukan;


(6)          Memastikan kemajuan penyelidikan selaras dengan jadual yang dipersetujui;
​ 


(7)          Membincangkan masalah atau kesulitan yang dihadapi bersama penyelia, termasuk masalah berhubung akses kepada sumber dan bahan;
​ 


(8)          Menyimpan rekod tentang kemajuan penyelidikan termasuk rekod pertemuan dengan penyelia dan rekod kerja/tugasan yang telah diselesaikan;
​ 


(9)          Memastikan bahan penulisan diserahkan seperti yang dijadualkan dengan memberikan waktu yang sewajarnya untuk membolehkan penyelia memberi maklum balas;
​ 


(10)      Memberi perhatian yang sewajarnya kepada maklum balas dan panduan yang diberikan oleh penyelia;
​ 


(11)      Mematuhi keputusan yang dicapai hasil daripada maklumbalas di antara  Penyelia Utama, Penyelia Bersama dan Penasihat jika berlaku perbezaan pandangan;


(12)      Menyediakan deraf tesis/disertasi dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan seperti yang dicadangkan oleh penyelia;
​ 


(13)      Membuat keputusan tentang bila penyerahan tesis/disertasi hendak dilakukan dengan mengambilkira pandangan penyelia serta memastikan tempoh masa yang ditetapkan Universiti dipatuhi;
​ 


(14)      Memastikan tesis/disertasi yang diserahkan bebas plagiat dan mematuhi keperluan Universiti.
​ 


(15)      Mengambil tanggungjawab dan inisiatif untuk mengikuti program untuk menambahbaik kemahiran yang dianjurkan Fakulti/Institut/Universiti;
​ 


(16)      Mengambil bahagian dan menyumbang kepada budaya penyelidikan Fakulti/Institut;
​ 


(17)      Memastikan semua keperluan pentadbiran dipatuhi;
​ 


(18)      Memastikan keperluan penerbitan yang ditetapkan dipatuhi;
​ 


(19)      Memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Penyelia Utama/Penyelia Bersama/Jawatankuasa Penyeliaan dan Universiti dalam sebarang penerbitan yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang dijalankan;
​ 


(20)      Mendapatkan persetujuan dan pengesahan penyelia bagi sebarang penerbitan yang dibuat berasaskan penyelidikan yang dijalankan semasa di UKM, walaupun pelajar sudah bergraduat;
​ 


(21)      Berunding dengan penyelia tentang tempoh bercuti dan memaklumkan penyelia jika terpaksa mengambil cuti (contohnya atas sebab kesihatan atau masalah keluarga).



Disediakn oleh,


​Puan 
Azlina Ahmad
Ketua Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA

Panduan Penulisan Tesis Gaya UKM

Ikuti gaya UKM bermula dari ayat pertama sehingga ayat terakhir penulisan tesis di UKM. 

Selamat menulis! :)


Wednesday, 26 July 2017

Kajian Kes Penuaan Yang Berjaya: Penerokaan Gaya Hidup Bonda Marziah

Tahniah diucapkan kepada Saudari Izyan Nafisah yang berjaya menyempurnakan tesis sarjana Psikologi Perkembangan beliau. Moga terus cemerlang.

Wednesday, 5 July 2017

Aplikasi Terapi Seni Remaja Hamil Luar Nikah

Tesis Sarjana Sains Sosial Psikologi Perkembangan, PSITRA, UKM

Tuesday, 4 July 2017

Tesis Sarjana Muda Kerja Sosial 2017

Tesis pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) Kerja Sosial, PSITRA, FSSK, UKM.



1. Hubungan Tahap pengetahuan Penyakit Seksual dengan Tingkahlaku Seksual dalam Kalangan Mahasiswa (Emalin Nadhirah Azman )

2. Perkahwinan di Usia Muda dalam kalangan Remaja Perempuan di Kuching, Sarawak (Suini Anak Lejem)

3. Pengaruh Psikososial dan Tahap Pengetahuan Bahaya dadah Terhadap Penagihan Semula dalam kalangan Penagih Dadah PUSPEN di Negeri Johor (Siti Aishah Naharuddin)

4. Pengetahuan dan Pemahaman Tingkah Laku Seksual dalam kalangan Pelajar: Kajian di Pasir Mas (Wan Nur Firas Husnina Wan Hussin)

5, Isu, cabaran dan Keperluan Kakitangan Kurang Upaya di Universiti Kebangsaan Malaysia Kampus Bangi (Siti Fatimah Mansor)

6. Tahap Komunikasi Ibu Bapa-Anak , Tahap kepenggunaan Media Sosial dan tahap Kefungsian Keluarga dalam kalangan Remaja Generasi Z (Nurul Nabihah Ahmad Basri)


Monday, 24 October 2016

Panduan Menggunakan Ebsco Host untuk Pelajar UKM

1. Klik pada pautan berikut: 


Paparan berikut akan kelihatan: 



2. Klik pada link ebsco-host (ditandakan dengan anak panah). 
Paparan berikut akan kelihatan:




3. Klik pada logo Ebsohost yang pertama di atas (perkara 2) dan paparan berikut akan diperoleh: Pilih salah satu 'database' jurnal. Contohnya, klik pada Academic Search Complete.

4. Masukkan maklumat dan kriteria khusus jurnal seperti topik jurnal, tahun penerbitan, artikel penuh dan jurnal berwasait. 


5. Artikel dengan kriteria yang anda tetapkan akan  terpapar dan anda boleh memuat turun artikel tersebut. Setelah itu, anda boleh menyimpannya di dalam komputer/pemacu./ email/ cloud.



Sunday, 25 September 2016

Tips Menulis Sorotan Literatur

1. Tetapkan Tajuk Kajian
Kenalpasti topik utama kajian. Bina tajuk yang lengkap dan pastikan ianya dipersetujui oleh penyelia.

2. Rancang Penulisan Sorotan Literatur
Menulis sorotan literatur ibarat menulis sebuah buku mini. Ia perlu dirancang dengan teliti. Rangka peta minda, rangka atau plot sorotan literatur yang diperlukan untuk menyempurnakan kajian. Bahagikan kepada beberapa topik-topik kecil.

3. Cari Bahan untuk Sorotan Literatur
Lakukan carian artikel jurnal dan e-book secara dalam talian menggunakan kata kunci (keyword)  yang spesifik. Manfaatkan kemudahan e-journal perpustakaan universiti untuk mendapatkan artikel-artikel yang berkualiti dan terkini. Gunakan kemudahan perpustakaan untuk mendapatkan buku-buku yang berkaitan dengan topik yang dikaji. Dapatkan dokumen-dokumen penting seperti kertas dasar dan akta-akta terkini untuk mengukuhkan lagi kajian. Pada peringkat awal, cuba dapatkan sekurang-kurangnya 5 artikel jurnal dan 1 buku yang berkaitan.

4. Organisasikan Bahan
Simpan bahan salinan lembut dalam satu folder khas di dalam komputer. Buat salinan atau back-up di dalam email, cloud dan pemacu. Letakkan salinan keras di lokasi yang spesifik dan mudah dicari. Jika perlu, labelkan. Pastikan ia mudah dicapai apabila diperlukan. 

5. Baca, analisis dan fahami
Baca dengan teliti. Analisis dan rumuskan refleksi. 

6.  Rekodkan 
Rekodkan pembacaan anda merangkumi perkara berikut
  • nama pengarang
  • rujukan
  • metodologi penyelidikan
  • penemuan kajian
  • refleksi anda terhadap kajian
6. Sitasi dan rujukan 
Rekodkan sitasi dan rujukan kajian secara sistematik mengikut panduan yang diberikan oleh universiti. Contohnya, bagi mahasiswa UKM, patuhi Gaya UKM. 

7. Susun dan perkemaskan plot sorotan literatur
Susun semula literatur mengikut rangka atau plot yang telah dibuat. Pastikan ada kesinambungan di antara satu sama lain. Gunakan ayat aktif berbanding ayat pasif. 

8. Kemaskini dari masa ke masa
Sentiasa kemaskini sorotan literatur di sepanjang proses penyempurnaan tesis. Semasa penyerahan tesis dibuat, pastikan terdapat sekuarng-kurangnya 3 artikel jurnal terbitan tahun penghantaran atau 3 tahun kebelakangan.

Tuesday, 26 August 2014

Parenting Skills: Exploring the Success Stories of Ibu Mithali's Parenting Style and Nurturance of Their Children






Tesis ijazah doktor falsafah di Institut Pendidikan (INSTED), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).