Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Showing posts with label Pengurusan Emosi. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan Emosi. Show all posts

Tuesday, 4 August 2015

Kesan Intervensi Peneguhan Positif




Intervensi peneguhan positif memberi impak yang positif terhadap anak-anak dan ibu bapa. Diantaranya (Shahida Hassim et al., 2012):
  • Perubahan   tingkah  laku  anak seperti kurang menggangu rakan, lebih mesra dan lebih patuh kepada arahan
  • Peningkatan penyertaan dalam akademik
  • Respon bermakna terhadap ucapan kanak-kanak mendorong mereka menjadi lebih spontan, dan aktif bercakap 
  • Respon pujian meningkatkan kekerapan interaksi dengan ibu bapa
  • Meningkatkan peneguhan positif ibu bapa dan mengurangkan peneguhan negatif seperti hukuman dan kebencian di rumah 
 
Bersambung

Monday, 3 August 2015

Peneguhan Positif untuk Membentuk Tingkah Laku


Peneguhan positif merupakan antara pendekatan intervensi untuk membentuk tingkah laku yang positif dan memperbaiki tingkah laku negatif. Berikut antara kaedah peneguhan positif yang sering digunakan untuk memperbaiki akhlak dan keperibadian anak:
  • Memberi pujian apabila kanak-kanak memenuhi tingkah laku yang positif 
  • Memberi ganjaran apabila apabila kanak-kanak memenuhi kriteria tingkah laku sasaran
  • Bermain bersama anak untuk meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran komunikasi dan tingkah laku sosial.
  • Memberi respon positif apabila kanak-kanak menunjukkan tingkah laku sasaran dan respon pembetulan apabila kanak-kanak melakukan kesalahan.
  • Memberi role mode atau contoh tauladan yang positif sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan seperti pertuturan yang baik.  



Rujukan:

Thursday, 30 July 2015

Strategi Jurulatih Emosi




  1. Menghormati perasaan anak.
  2. Memahami kesukaran yang dihadapi oleh anak apabila tidak difahami, kecewa dan sedih. 
  3. Bercakap tentang perasaan yang dialami oleh anak pada waktu itu  dan berusaha memahami punca kepada perlakuan emosi yang ditunjukkan oleh anak 
  4. Peka terhadap respon anak kepada setiap tindakan atau perilaku ibu bapa.
  5. Dalam interaksi yang sukar, ibubapa memastikan anak dapat merasai empati ibubapa mereka. 
  6. Ibubapa berusaha mengesahkan perasaan yang dialami oleh anak dan  berusaha mencari punca ekspresi perasaan tersebut.
  7. Ibu bapa menghormati keinginan mereka untuk menyelesaikan masalah serta membimbing mereka dengan penuh rasa percaya dan kasih sayang.


Rujukan:

Gottman,  J, & Declare, J.,  (1998). Rising an emotional intelligent child.  New York: Simon & Schuster.

Wednesday, 29 July 2015

Jurulatih Emosi







Gaya keibubapaan jurulatih emosi membolehkan anak berasa dekat dengan ibu bapa dan difahami oleh ibu bapa. 

Jurulatih emosi mengandungi 5 langkah,  iaitu:
1. Peka dengan emosi anak
2. Meyakini bahawa saat anak beremosi adalah waktu terbaik untuk merapatkan hubungan dan mendidik keperibadian
3. Mendengar dengan empati dan mengesahkan perasaan anak
4. Membantu anak melabel emosi dengan perkataan
5. Membimbing anak mengendalikan emosi dan menyelesaikan masalah di samping menghormati 
keupayaan dalam menyelesaikan masalah atau menghadapi situasi yang tidak diingini.

Kesan keibubapaan jurulatih kepada anak:

1.   Memahami emosi yang sedang dialami dan berupaya mengawal  emosi tersebut
2.   Lebih yakin diri
3.   Mempunyai pencapaian sosial dan akademik yang lebih baik
4.   Lebih sihat 


Monday, 27 July 2015

Keibubapaan Menolak





Keibubapaan menolak mempunyai ciri yang sama dengan keibubapaan menghindar, namun bersifat:

1.   Lebih negatif terhadap anak-anak
2.   Lebih banyak menghukum dan mengkritik
3.   Sangat mengawal
4.   Memanipulasi
5.   Autokratik
6.   Sangat mementingkan disiplin
7.   Tidak prihatin kepada makna yang terbit daripada perasaan atau emosi yang ditunjukkan

Kesan gaya keibubapaan menolak kepada  anak sama seperti keibubapaan menghindar.