Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Showing posts with label Ekonomi dan Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi dan Kewangan. Show all posts

Friday, 3 July 2015

Cadangan Kaedah Penjimatan Kewangan

1. Jika menggunakan pakej talian yang mahal, tukar kepada pakej yang jauh lebih murah namun dengan kualiti perkhidmatan setara. Banyak penjimatan yang boleh diperolehi setiap bulan. Tak perlu terlalu setia dengan satu jenama kecuali ia benar-benar berkualiti, menjaga kebajikan pengguna dan menjimatkan.

2. Menanam sayuran atau buah-buahan sendiri di rumah. Jika mempunyai tanah yang luas dan subur, banyak penjimatan belanja dapur boleh dilakukan. Tumbuhan renek seperti cili, serai, daun saderi, kunyit, halia, limau kecil, stevia dan ulam raja mudah dijaga serta boleh ditanam di dalam pasu sekiranya tinggal di kediaman tidak bertanah.

3. Kanak-kanak cepat membesar. Jika membeli pakaian untuk mereka, pilih saiz yang lebih besar namun sesuai dengan tubuh mereka supaya dapat dipakai dalam jangka masa yang lebih lama.

4. Ingin menggunakan barangan berjenama supaya menang memakai? Penjimatan boleh dibuat jika pembelian dibuat secara dalam talian atau melalui 'factory outlet'. Bagaimanapun, pastikan urusniaga dibuat dengan individu yang boleh dipercayai untuk mengelakkan penipuan. Adakalanya, harga di butik juga murah sekiranya diskaun yang diberikan mencecah 70%. Lazimnya, stok/rekaan lama dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding rekaan terkini.  Tak rugi bersabar untuk mendapatkan item idaman dengan harga yang rendah. Atau, dapatkan sahaja barangan terpakai (preloved) yang masih elok. 

5. Olah semula lebihan makanan supaya tidak membazir. Contohnya, nasi yang berlebihan boleh dimasak semula menjadi nasi goreng yang enak. Roti yang menghampiri tarikh luput pula boleh dijadikan puding roti yang menyelerakan.

6. Memasak sendiri makanan. Jika masih bujang dan tinggal di universiti yang membenarkan memasak, ambil peluang ini untuk berkongsi sumber dengan rakan untuk membeli bahan mentah yang .hendak di masak.

7. Menjadi agen jualan. Jika sering membeli barang dalam kuantiti banyak dan kerap untuk kegunaan sendiri atau keluarga, ada baiknya mendaftar diri untuk menjadi agen berdaftar bagi produk  tersebut. Secara automatik, akan mendapat harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.

8. Buat perbandingan harga sebelum membeli, terutamanya bagi item yang mahal namun banyak terdapat di pasaran seperti komputer riba dan  telefon pintar. Semak harga barangan di internet dan bandingkan dengan beberapa kedai yang menjual item yang sama atau bandingkan harga antara pelbagai jenama dengan kualiti produk yang setara. 

Sunday, 28 December 2014

Pengurusan Bencana V: Zakat kepada Mangsa Banjir


Saya berpendapat harus untuk memberi zakat kepada mereka, sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal, seterusnya Baitulmal akan mengenalpasti golongan yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan dengan membuat anggaran kerosakan yang ditanggung dan juga keperluan yang dihajatinya. Ini kerana, jika diberi secara langsung dengan kuantiti yang banyak, dibimbangi sebahagian sahaja yang memperolehnya sedangkan sebahagian yang lain tidak mendapat walaupun sedikit. Justeru, pasti rasa tidak selesa akan terwujud pada kebanyakan golongan yang ditimpa bencana yang tidak dapat apa-apa bantuan atau bantuan yang tidak mencukupi.

Baitulmal hendaklah menggerakkan tenaganya dengan seupaya mungkin bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan secepat mungkin kerana keperluan untuk hidup adalah bersifat segera. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya dalam menyalurkan bantuan berupa zakat ataupun infaq yang lain bagi membantu saudara-saudara seIslam yang terbabit dalam bencana seperti banjir dan lain-lain. Wallahua’lam

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan

Ikuti kupasan lanjut di laman Mufti Wilayah Persekutuan.






Monday, 13 October 2014

Bajet Malaysia 2014

http://mybajet.my/summarized-info-of-budget-2014


Muatnaik teks ucapan Bajet 2014 oleh YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HAJI ABDUL RAZAK, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia ketika membentang Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat pada Jumaat, 25 Oktober 2014 dalam  Portal Khas Bajet 2014  BERNAMA

Thursday, 25 September 2014

Tips Mengurangkan Beban Hutang




1. Rancang belanjawan tahunan, bulanan, mingguan dan harian. Kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

2. Tingkatkan pendapatan pasif.

3. Segerakan pembayaran penuh (full settlement) hutang yang ada apabila berpeluang. Sebelum itu, dapatkan sebutharga daripada pihak bank untuk pembayaran penuh dan nikmati rebat tunai. 

4. Setiap kali memperolehi gaji, bayar hutang bulanan dengan segera. Buat simpanan tetap sekurang-kurangnya 10% dari pendapatan bulanan. Wujudkan sekurang-kurangnya dua akaun: 1. Tabungan keluarga, 2. Tabungan penyelesaian hutang. Bakinya, asingkan untuk keperluan harian. Sekiranya masih berbaki, simpan, beli emas atau laburkan dalam skim pelaburan yang berisiko sederhana. 

5. Senaraikan hutang. Tetapkan matlamat untuk menyelesaikan satu per satu hutang. Banyakkan berdoa agar diberi kelapangan untuk menyempurnakan segala hutang. Syukuri segala nikmat. Berbakti kepada kedua ibu bapa. Hubungkan tali silaturahim. Sempurnakan tugas dan kewajipan.  Tunaikan zakat dan perbanyakkan bersedekah untuk menyucikan harta.Moga beroleh rezeki yang barakah dan berlimpah.  

6. Utamakan pembelian tunai berbanding kredit. Nikmati harga yang lebih rendah dan ketenangan jiwa. 

7. Kumpulkan duit syiling dan baki-baki kecil dalam satu bekas. Simpan ke dalam bank atau tukarkan dengan peniaga. Lebih seronok jika ada satu akaun khas untuk itu. 

8. Wujudkan satu pasukan yang komited dan berintegriti untuk saling menyokong, saling membantu serta saling berkongsi sumber dalam menyempurnakan hutang dan menambah pendapatan. Pastikan ada perjanjian dan rekod bertulis supaya setiap urusan adalah jelas, difahami, lancar dan 'transparent'. Pasukan boleh terdiri daripada pasangan, ahli keluarga atau sahabat baik yang diketahui mempunyai sifat yang amanah. 

9. Sertai skim takaful yang berbentuk simpanan bagi tujuan perlindungan segera pada masa kecemasan. Secara tidak langsung, ia turut membantu orang lain yang memerlukan. Hubungi agen yang cekap dan beramanah.  

10. Jual barangan yang sudah tidak diperlukan atau tidak digunakan dengan harga yang berpatutan. Lebih menarik apabila barangan tersebut dimanfaatkan oleh lain berbanding dibiarkan bersawang di rumah/pejabat. 

Friday, 29 August 2014

Menangani Kos Sara Hidup

Kuasa pengguna dalam menangani kenaikan harga barangan:

1. Boikot, sehingga harga menurun.

2. Beralih kepada barangan lain yang lebih murah namun memberi manfaat yang sama.

Sumber: Utusan Malaysia, 29 Ogos 2014.