Showing posts with label Psikologi Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Psikologi Pendidikan. Show all posts
Thursday, 16 November 2017
Wednesday, 9 August 2017
TOT Agen Pembangunan Belia Generasi Z
Poster TOT Agen Pembangunan Belia yang memenangi pingat perak dalam K-Novasi UKM 2017, pada 15 dan 16 Febuari 2017.
Nurturing Islamic Values in Family via Self Discipline
My presentation for 8th International Symposium on Islam, Civilization and Science - ISICAS 2017, Puri Pujangga, UKM on 9-10 August 2017.
Monday, 29 May 2017
Monday, 16 January 2017
Tips Menjawab Soalan Esei
- Perbaiki tulisan tangan supaya jelas dan mudah dibaca.
- Bawa alat tulis yang lengkap dan selesa digunakan. Gunakan pen yang jelas warna dakwatnya tetapi tidak menembusi kertas jawapan. Lazimnya, pen sebegini agak mahal harganya. pastikan juga, dakwat pen masih banyak dan sediakan beberapa batang pen untuk tujuan kecemasan.
- Isikan maklumat pengenalan diri yang diperlukan seperti no matrik dan kod kursus. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat.
- Baca soalan dengan teliti. Fahamkan bentuk jawapan yang diperlukan.
- Perhatikan nilai pemberat markah yang diberikan bagi setiap soalan.
- Perhatikan 'kata kunci' yang menunjukkan tahap perincian dan aras pemikiran bagi jawapan yang akan diberikan Contohnya, Nyatakan, Bincangkan, Bandingkan dan Bangunkan.
- Buat rangka jawapan seperti peta minda atau lainnya yang merangkumi pendahuluan, penutup, isi-isi penting dan fakta-fakta sokongan.
- Buat soalan yang mudah terlebih dahulu.
- Gariskan isi kandungan dan fakta-fakta penting.
- Semak semula soalan dan jawapan. Pastikan anda telah menjawab semua soalan yang diberikan.
Monday, 19 December 2016
Bersama Membangun Peradaban.. Mencipta Keindahan.
Falsafah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang saya pegang adalah mudah iaitu:
"Bersama membangun peradaban.. mencipta keindahan".
Pendidikan merupakan proses transformasi berterusan dalam membentuk manusia yang beradab. Adab dalam konteks yang lebih luas bukan sekadar tentang sopan santun dan ketatasusilaan. Akan tetapi, ia membahaskan tentang hasil dari adab itu sendiri iaitu peradaban (civilization) atau tamadun yang dibangunkan oleh manusia yang beradab untuk dimanfaatkan oleh manusia untuk kesejahteraan sejagat demi meraih keredhaan Allah SWT.
Sehubungan itu, dalam konteks P&P, matlamat utama seorang pendidik adalah untuk membentuk kesedaran serta menyediakan pelajar untuk menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang beradab (berakhlak mulia dan memiliki personaliti menjulang atau 'towering personality') dan berupaya membangunkan peradaban untuk memberi manfaat kepada manusia lain dengan penuh keikhlasan.
Dalam pada itu, tujuan akhir peradaban dibangunkan adalah untuk mencipta keindahan. Keindahan juga membawa makna yang luas. Ia merangkumi kebaikan, kemuliaan, ketinggian, kebitaraan, keunggulan, kesempurnaan, kesejahteraan, keseimbangan, kebahagiaan, ketenangan dan kemakmuran.
Oleh itu, pendidikan juga merupakan mekanisme berterusan untuk melahirkan peribadi yang berkualiti lagi terpuji untuk memaknai kehidupan manusia dengan cara yang terbaik. Ini bermakna, pendidikan alaf baru sewajarnya mampu memperkasakan pelajar sebagai agen peradaban yang berupaya mentransformasikan persekitarannya secara terancang dengan ilmu yang benar, kreativiti terpandu, inovasi berimpak dan penyelidikan berterusan.
Kangar, 20 Disember 2016.
Thursday, 17 November 2016
Karya Kreatif dalam P&P Pemerkasaan Agen Pembangunan Belia
Pembentangan perihal P&P seputar isu karya kreatif sebagai medium penjanaan kreativiti dan inovasi mahasiswa generasi Y dan Z.
Zaman berubah.. pendekatan pendidikan juga berubah.. namun teras dan matlamatnya masih sama iaitu membentuk generasi intelektual yang terpuji, berjasa dan versatil.
Wednesday, 16 November 2016
MOOC Kursus Asas Pembangunan Belia 1
Berteraskan falsafah pengajaran dan pembelajaran (P&P) "Bersama Membangun Peradaban.. Mencipta Keindahan", MOOC Kursus Asas Pembangunan Belia 1 ini dibangunkan khusus untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman Agen Pembangunan Belia (APB) terhadap pembangunan belia masakini. Ia mengandungi 10 modul yang merangkumi definisi, pertumbuhan dan perkembangan belia (psikologi perkembangan) dan isu-isu semasa pembangunan belia. Kursus MOOC ini juga merupakan sebahagian (15%) daripada silibus kursus SKPM 2023 (Pembangunan Belia) di Pusat Penyelidikan Psikologi dan Kesejahteraan Manusia (PsyWEB), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagaimanapun, kursus MOOC ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengenali dan menyerlahkan potensi belia.
Selamat Berkursus!
Selamat Berkursus!
Monday, 7 November 2016
Membina Persepsi Positif Terhadap Peperiksaan
"Hanna suka periksa! Nanti Hanna nak dapat nombor satu!".
Peperiksaan suatu perkara yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang menjadikan pembelajaran suatu hobi. Ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Persespsi terhadap peperiksaan sebagai suatu perkara yang menekan dan menakutkan sewajarnya ditukar. Biarkan kanak-kanak menikmati pembelajaran di sekolah dan menjadikan peperiksaan sebagai medan untuknya menguji pencapaian diri dan sejauhmana mereka menguasai ilmu atau kemahiran tertentu.
Tips menjadikan anak seronok dan tidak tertekan untuk menghadapi peperiksaan:
1. Tanamkan kecintaan kepada ilmu
2. Ambil berat pembelajaran anak-anak
3. Pastikan anak seronok ke sekolah, tidak dibuli atau membuli
4. Hantar anak ke sekolah yang mesra pelajar dan ibu bapa
5. Yakinkan anak peperiksaan adalah mudah dan menyeronokkan
6. Sediakan alat tulis yang lengkap untuk menghadapi peperiksaan
7. Raikan apa jua keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anak
8. Sekiranya keputusan peperiksaan kurang memuaskan, jangan marahi atau merendahkan anak. Sebaliknya, bimbing mereka supaya melihatnya dari sudut yang positif dan ketawa bersama-sama.
Semoga anak-anak generasi baru sentiasa bertambah cemerlang dalam urusan dunia dan akhirat. Merekalah yang kita harapkan untuk menerajui dunia tiga dekad lagi, Dan.. kecemerlangan mereka bermula dengan kita sebagai role model yang positif dan membina,
Sunday, 6 November 2016
Laporan Penyelidikan FRGS MKK-Z
Projek pembangunan Modul Kemahiran Keibubapaan untuk Mendidik dan Membangunkan Potensi Modal Insan Generasi-Z (MKK-Z) sudah memasuki fasa terakhir. Semoga setiap gerak-kerja penyelidikan memberi impak yang positif kepada kesejahteraan keluarga dan ummah.
Sunday, 30 October 2016
ICSED 2016: Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z
19:44
Generasi Z, Keibubapaan, Kesejahteraan Kanak-kanak dan Remaja, Media Sosial, Psikologi Pendidikan, Seminar
No comments
Jamiah Manap, Mohd Rezal Hamzah, Aizan Sofia Amin, Nurul Nabila
Mohd Izani, Fazilah Idris3, Salasiah Hanin Hamjah,
Noordeyana Tambi1, Arena Che Kasim, Norul Huda Sarnon, Salina Nen,
Nor Jana Saim1
ABSTRAK
Media sosial
menjadi medium utama untuk berkomunikasi pada masa kini. Kertas kerja ini
bertujuan untuk meneroka penggunaan media sosial dan implikasinya terhadap
remaja generasi Z di Malaysia. Kajian kuantitatif ini dilakukan melalui
pengedaran borang selidik terhadap 750 orang remaja generasi Z di Malaysia.
Dalam pada itu, kajian kes turut dilaksanakan terhadap 20 orang remaja generasi
Z yang sedang menuntut di Universiti Awam. Hasil kajian mendapati, media sosial
digunakan secara meluas oleh remaja generasi Z dengan pelbagai tujuan. Selain
itu, penggunaan media sosial didapati bukan hanya membawa implikasi yang positif
tetapi juga negatif kepada remaja. Oleh itu, kertas kerja ini juga turut
membincangkan strategi khusus untuk membangunkan remaja secara holistik dalam
konteks penggunaan media sosial dengan mengambil kira implikasinya terhadap
generasi Z di Malaysia.
Keywords: Psikologi
Pendidikan, Keibubapaan, Media Sosial, Remaja, Generasi Z
Thursday, 30 June 2016
Jurnal Hadhari: Al-Ghazali's Parenting Skills Attributes Model
ABSTRACT
Parenting skills is the basis of effective education and human potential development in family. Early education which begins at home is like stonework - more impressive and everlasting. This is then followed by continuous guidance during adolescent and adulthood from the parents. Meanwhile, Imam al-Ghazali is a Muslim scholar which also discusses certain aspects of parenting skills. His multidiscipline works range from the field of religion to education, psychology, spirituality and philosophy. Thus, al-Ghazali’s Parenting Skill’s Attributes Model was developed as a basis to understand parenting from al-Ghazali’s perspectives. The model encompassed four main element of Muslim parenting: knowledge and education, relationship with Allah, relationship with children and relationship with others. Each domain was interrelated in empowering and completing the challenging task of today’s parenting. In summary, effective parenting skills is a must in developing strong, beneficial and mindful generation. In the meantime, multiple approaches should be critically analysed to enrich the corpus of knowledge in this field.
Full Article: http://ejournals.ukm.my/jhadhari/article/view/14127
Wednesday, 22 June 2016
Telur Gulung
Resepi ringkas untuk kanak-kanak awal:
1. Goreng telur dengan tanpa/sedikit minyak zaitun dalam kuali tanpa lekat.
2. Sapukan dengan sos tomato/sos cili
3.Gulungkan sepertimana membuat bahulu gulung.
4. Potong rentas dan hidangkan.
Nota: Sukar kanak-kanak awal menghabiskan sebiji telur. Resepi ini antara penyelesaiannya.
Sunday, 19 June 2016
Bakal Terbit
Halaman ke 45 sebuah draf buku ringkas yang berkaitan dengan isu pendidikan dan kesihatan keluarga. Semoga ia dapat diterbitkan pada tahun 2016.
Saturday, 18 June 2016
Thursday, 16 June 2016
Teknologi dalam Pembelajaran
21:39
Arkib Maya, Laman Pilihan, Pengajaran dan Pembelajaran (TnL), Psikologi Pendidikan
No comments
Laman blog ini saya dedikasikan khusus untuk tugasan kuliah bagi kursus EDC 7710 (Technology in Education) di Institute of Education (INSTED), IIUM pada tahun 2009. Al-Fatihah buat pensyarah yang mengajar kursus ini iaitu Allahyarham Prof Madya Dr Ahmad Marzuki Hj Zainuddin. Semoga pahala yang berpanjangan mengiringi kembara beliau di alam barzakh.
Monday, 18 April 2016
Ikon Belia: Sultan Muhammad al-Fateh
20:37
Ikon Belia, Pembangunan Belia, Pengajaran dan Pembelajaran (TnL), Psikologi Pendidikan
No comments
Berikut adalah catatan dalam Diskusi i-folio Pembangunan Belia #SKPM2023 oleh seorang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM:
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ikon belia yang saya pilih ialah Sultan Muhammad II yang lebih
dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah
salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain
beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin
al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz
(Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar
Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu
bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople.
Saya selalu berfikir di manakah kesilapan ketika kerajaan Turki
Uthmaniah jatuh dari zaman kegemilangannya sehingga hari ini terdapat
beberapa kawasan di Turki seperti Ankara dibom dan diserang oleh
pengganas.
Saya pernah membaca buku tentang Sultan Muhammad al-Fateh, dan ada
suatu perkara yang gemar beliau dan rakyat Turkistan lakukan iaitu
mereka gemar memakai serban. Apa yang kita tahu ialah memakai serban
adalah salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Pada mulanya saya terfikir
kenapa serban mereka agak besar dan adakah serban mereka yang besar itu
merupakan adat masyarakat di sana? Jawapannya ialah, serban mereka yang
besar itu adalah tidak lain ialah kain kafan mereka sendiri. Ini
menunjukkan betapa tingginya niat mereka untuk syahid.
Terlalu banyak perkara yang saya pelajari daripada beliau sejak
beliau kecil hinggalah beliau meninggal. Salah satunya ialah beliau
sangat tegas tetapi sangat mengambil berat tentang tentera dan
rakyatnya. Saya sangat bangga dengan beliau dan kisahnya pernah mengubah
sikap saya.
Persamaan beliau dengan saya ialah beliau percaya kepada hadis
Rasulullah dan membuat perancangan daripada awal dan teliti. Selain itu
beliau tidak mudah berputus asa dan hormat kepada kedua-dua ibu bapanya.
Saya berharap suatu hari nanti saya dapat pergi ke Turki untuk meneroka
tamadun di sana dan zaman kegemilangan Turki Uthmaniah.
apr 01 at 23:46



















