Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Monday, 1 April 2019

Keibubapaan Mithali

Catatan ke-489 dalam Chanel Telegram Keibubapaan Mithali. Kesemua catatan boleh diikuti di link berikut: t.me/keibubapaanmithali

Semoga diberi kekuatan untuk menjadi ibu bapa yang bijaksana.



Wednesday, 23 May 2018

Prinsip Keibubapaan Mithali ke-9


Wednesday, 9 August 2017

Nurturing Islamic Values in Family via Self Discipline

My presentation for 8th International Symposium on Islam, Civilization and Science - ISICAS 2017, Puri Pujangga, UKM on 9-10 August 2017. 



Sunday, 28 May 2017

Keibubapaan: Membina Keyakinan Diri Anak


Sumber foto: https://medium.com/@GoTinystep/10-ways-how-to-raise-a-confident-child-9bcc0c75ece2

1. Berikan nama yang baik dan panggilan yang baik
2. Iktiraf setiap pencapaian anak walaupun kecil
3. Berikan tugas-tugas penting secara berperingkat
4. Berikan label-label yang positif seperti cerdik, baik, comel dan hebat.
5. Galakkan anak bergaul dengan rakan sebaya dan orang yang lebih dewasa
6. Bawa anak ke tempat kerja (jika sesuai)
7. Latih anak menjadi pemimpin
8. Latih anak memilih
9. Latih anak mengekspresikan pendapat tanpa rasa takut
10. Biasakan anak dengan majlis-majlis sosial
11. Biarkan anak bermain dengan permainan yang agak mencabar dengan pantauan ibu bapa

Keibubapaan: Mendidik Anak Memberus Gigi


1. Belikan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai dengan umur serta serta mulutnya
2. Beruskan giginya setiap hari terutama sebelum tidur
3. Ajarkan teknik memberus gigi yang betul
4. Terangkan manfaat menggosok gigi
5. Terangkan kesan akibat tidak menjaga gigi dengan baik
6. Jadikan memberus gigi sebagai aktiviti rutin
7. Latih anak menggosok gigi sendiri setiap hari

Wednesday, 24 May 2017

Tips Keibubapaan Bagi Ibu Berkerjaya

Sumber foto: https://www.slideshare.net/dazzld1/importance-of-balancing-career-family-and-recreation


Soalan:

Bagi ibu berkerjaya, bagaimana cara untuk menjadi ibu Mithali?

Jawapan:

1. Ketahui dan contohi sifat-sifat positif Ibu Mithali
2. Berikan masa yang berkualiti untuk anak-anak
3. Sesekali, bawa anak ke tempat kerja (jika sesuai)
4. Ambil pembantu rumah yang cekap dan berperibadi mulia (jika sesuai)
5. Pilih pengasuh dan sekolah yang terbaik untuk anak-anak
6. Bina perapatan dengan anak
7. Hidupkan agama dalam keluarga
8. Didik anak dengan adab dan akhlak yang mulia
9. Berikan role model yang positif kepada anak
10.  Dapatkan kerjasama daripada pasangan
11. Sentiasa berdoa khususnya untuk diri dan anak-anak.

Monday, 22 May 2017

Proceeding: Mithali Parenting Principles



Sumber foto: http://intl.target.com/c/baby/-/N-5xtly


Mithālī Parenting Principals as a Basis of Child Development & Empowerment

 Jamiah Manap & Mohammad Rezal Hamzah

ABSTRACT

Human education begins at home via effective parenting. Therefore, one simple question arise: what are the principles of successful Muslim parenting in Malaysia? Thus, the research aims to explore the principles of parenting from the Muslim family perspectives using grounded theory approach in qualitative research design. Rich data from the interview, document analysis, and observation were analysed using thematic analysis. Finally, nine principles emerged. They were: positive role model, cultivate knowledge culture, strong religiosity, high responsibility, balance act between mutual love and discipline, building child resistance, optimise child potential, parenting as a collective effort and the destiny is with Allah. The parenting principles are fundamental for the parents as a clear guideline for child development and empowerment. 

Keywords:  parenting principle, educational psychology, parenting education, family empowerment, religiosity.

Download Full paper @ Research Gate

Wednesday, 9 November 2016

Jurnal Hadhari

Alhamdulillah, 4 salinan Jurnal Hadhari Volume ke - 8 telah saya terima daripada Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia. Artikel saya yang dimuatkan di dalam Jurnal Hadhari ini merupakan sebahagian daripada tesis PhD di bawah penyeliaan Prof. Dato' Dr Sidek Baba di UIAM. Terima kasih Cikgu kerana meminta saya membina model Atribut Keibubapaan daripada perspektif Imam  al-Ghazali. Model ini kemudiannya menjadi kerangka teori bagi kajian ekplorasi attribut keibubapaan mithali yang kemudiannya mencetuskan 5 model  keibubapaan yang berbeza.


Terima kasih kepada pewasit artikel yang telah menyemak artikel ini. Rentetan daripada komen beliau, model ini telah ditambahbaik dengan hanya memuatkan hadith yang bertaraf sohih dan hasan sahaja.
.

Semoga model ini bermanfaat dalam kerangka pemerkasaan keluarga. Sebarang cadangan penambahbaikan amat dialu-alukan

Monday, 7 November 2016

Membina Persepsi Positif Terhadap Peperiksaan


"Hanna suka periksa! Nanti Hanna nak dapat nombor satu!". 

Peperiksaan suatu perkara yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang menjadikan pembelajaran suatu hobi. Ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Persespsi terhadap peperiksaan sebagai suatu perkara yang menekan dan menakutkan sewajarnya ditukar. Biarkan kanak-kanak menikmati pembelajaran di sekolah dan menjadikan peperiksaan sebagai medan untuknya menguji pencapaian diri dan sejauhmana mereka menguasai ilmu atau kemahiran tertentu. 

Tips menjadikan anak seronok dan tidak tertekan untuk menghadapi peperiksaan:

1. Tanamkan kecintaan kepada ilmu
2. Ambil berat pembelajaran anak-anak
3. Pastikan anak seronok ke sekolah, tidak dibuli atau membuli
4. Hantar anak ke sekolah yang mesra pelajar dan ibu bapa
5. Yakinkan anak peperiksaan adalah mudah dan menyeronokkan
6. Sediakan alat tulis yang lengkap untuk menghadapi peperiksaan
7. Raikan apa jua keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anak 
8. Sekiranya keputusan peperiksaan kurang memuaskan, jangan marahi atau merendahkan anak. Sebaliknya, bimbing mereka supaya melihatnya dari sudut yang positif dan ketawa bersama-sama. 

Semoga anak-anak generasi baru sentiasa bertambah cemerlang dalam urusan dunia dan akhirat. Merekalah yang kita harapkan untuk menerajui dunia tiga dekad lagi, Dan.. kecemerlangan mereka bermula dengan kita sebagai role model yang positif dan membina, 















Sunday, 6 November 2016

Laporan Penyelidikan FRGS MKK-Z

Projek pembangunan Modul Kemahiran Keibubapaan untuk Mendidik dan Membangunkan Potensi Modal Insan Generasi-Z (MKK-Z) sudah memasuki fasa terakhir. Semoga   setiap gerak-kerja penyelidikan memberi impak yang positif kepada kesejahteraan keluarga dan ummah.

Sunday, 30 October 2016

ICSED 2016: Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z




Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi  Z

Jamiah Manap, Mohd Rezal Hamzah, Aizan Sofia Amin, Nurul Nabila Mohd Izani, Fazilah Idris3, Salasiah Hanin Hamjah, Noordeyana Tambi1, Arena Che Kasim, Norul Huda Sarnon, Salina Nen, Nor Jana Saim1

ABSTRAK
Media sosial menjadi medium utama untuk berkomunikasi pada masa kini. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka penggunaan media sosial dan implikasinya terhadap remaja generasi Z di Malaysia. Kajian kuantitatif ini dilakukan melalui pengedaran borang selidik terhadap 750 orang remaja generasi Z di Malaysia. Dalam pada itu, kajian kes turut dilaksanakan terhadap 20 orang remaja generasi Z yang sedang menuntut di Universiti Awam. Hasil kajian mendapati, media sosial digunakan secara meluas oleh remaja generasi Z dengan pelbagai tujuan. Selain itu, penggunaan media sosial didapati bukan hanya membawa implikasi yang positif tetapi juga negatif kepada remaja. Oleh itu, kertas kerja ini juga turut membincangkan strategi khusus untuk membangunkan remaja secara holistik dalam konteks penggunaan media sosial dengan mengambil kira implikasinya terhadap generasi Z di Malaysia.


Keywords: Psikologi Pendidikan, Keibubapaan, Media Sosial, Remaja, Generasi Z


Thursday, 30 June 2016

Jurnal Hadhari: Al-Ghazali's Parenting Skills Attributes Model



ABSTRACT

Parenting skills is the basis of effective education and human potential development in family. Early education which begins at home is like stonework - more impressive and everlasting. This is then followed by continuous guidance during adolescent and adulthood from the parents. Meanwhile, Imam al-Ghazali is a Muslim scholar which also discusses certain aspects of parenting skills. His multidiscipline works range from the field of religion to education, psychology, spirituality and philosophy. Thus, al-Ghazali’s Parenting Skill’s Attributes Model was developed as a basis to understand parenting from al-Ghazali’s perspectives. The model encompassed four main element of Muslim parenting: knowledge and education, relationship with Allah, relationship with children and relationship with others. Each domain was interrelated in empowering and completing the challenging task of today’s parenting. In summary, effective parenting skills is a must in developing strong, beneficial and mindful generation. In the meantime, multiple approaches should be critically analysed to enrich the corpus of knowledge in this field.




Sunday, 19 June 2016

Bakal Terbit

Halaman ke 45 sebuah draf buku ringkas yang berkaitan dengan isu pendidikan dan kesihatan keluarga. Semoga ia dapat diterbitkan pada tahun 2016.

Thursday, 16 June 2016

Memori


Monday, 30 November 2015

Jurnal: Mother's Love

 

 Sumber foto: http://newlovewallpapers.com/?titile=mothers-love-images-and-wallpaper

HOW DO MOTHERS NURTURE LOVE VIA PARENTING?

Jamiah Manap, Fazilah Idris, Syaidatun Nazirah Abu Zahrin, Zuraidah Ali

Abstract


Love and compassion is the most persuasive emotional attachment in the family. Mothers true love empower children survival in the world and hereafter. Thus, the research aims to understand on how the Malaysian exemplary mothers award winner (Ibu Mithālī) show their love and mercy to their children in order to develop parent-child attachment. To answer the research question, research was done using Grounded Theory approach. As a result, three main themes were emerged: physical touch, emotional touch and spiritual touch. Love and mercy from mothers are pertinent in child development. Therefore, mothers should nurture their children with love and compassion to balance firm discipline and strict rules in the family.

Full-Text: PDF

Sunday, 1 November 2015

Kemalangan Eskalator

Eskalator- antara lokasi yang berbahaya kepada kanak-kanak awal kerana saiz kaki yang kecil. Pengawasan ibu bapa diperlukan. 

Tuesday, 27 October 2015

The Definition of Z Generation: A Systematic Review


Sumber Foto: http://ec2-174-129-224-154.compute-1.amazonaws.com/category/nullam-sed/how-to-engage-generation-z-connected-to-the-max/9185


The Definition of Z Generation: A Systematic Review Perspective
Jamiah Manap, Mohammad Rezal Hamzah, Nurul Nabila Mohd Izani and Nor Jana Saim
_____________________________________________________________________
ABSTRACT
The purpose of this study is to 1) perform a systematic review of studies examining the definition of Z Generation, and 2) make recommendations based on the findings. The systematic review was limited to the definition of Z Generation in the context of human being. Literature searches were conducted using predefined keywords in four databases. A total of 113 potential papers were identified using four search engines: Ebscohost, Sage Publication, ProQuest and Emerald Insight. The analysis of the articles or literature review focus on the definition of Z Generation by three perspectives: birth year, special characteristics and other names of Z Generation. The definition of Z Generation by birth year ranged from 1990 until today. They born and grow up during the proliferation of web 2.0 and digital technology. They are also called as Millenials, Digital Natives, Google Generation, Next Gen, DotNets, iPod, Xbox and New Silent Generation. Z Generation is the young, energetic and multi-talented generation. Special program should be planned for them to empower their capacity and unleash their potential. 

Key words: Z Generation, Definition, Parenting, Educational Psychology

Notes: Will be presented at the Simposium Kebudayaan dan Kerjasama Indonesia-Malaysia 
(SKIM IXV) on 25 November 2015.

Saturday, 24 October 2015

Pengurusan Keewangan Remaja

Sumber foto: http://www.netsedu.org/en/news-u-s/259


1. Buka akaun simpanan.
2. Daftar dalam perbankan internet.
3. Buat simpanan tetap setiap bulan sama ada dalam bentuk tunai, emas atau perak.
4. Jinakkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan. Latih diri menjadi usahawan.
5. Biasakan diri bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk menambah pendapatan dan menggarap pengalaman.
6. Tetapkan sasaran nilai simpanan dan pemilikan aset untuk jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
7. Berbelanja dengan berhemah. Elakkan pembaziran dan pembelian bukan keperluan apatahlagi perbelanjaan diluar kemampuan.
8. Rancang strategi untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Dapatkan kerjasama ibu bapa atau individu yang beramanah.
9. Lazimi diri dengan bersedekah walau sekadar sepuluh sen sehari sebagai tanda syukur dan penyucian diri serta mendidik hati. 

Semoga berjaya.

Friday, 23 October 2015

Bila perut tidak selesa..

Risau anak kecil tidak buang air besar lebih daripada dua hari? Apakata cuba petua ini:
1. Makan sebiji limau manis atau buah oren sebelum makan makanan lain
2. Ambil sebotol Yakult atau minuman yogurt
3. Tambahkan pengambilan air masak/mineral.

Semoga sihat sentiasa. 

Wednesday, 21 October 2015

Abang Gam Mata Adik

Mungkin bukan kerana cemburu. Naluri bermain dan rasa ingin tahu yang tinggi banyak mendorong kanak-kanak bereksperimen. Barangan berbahaya seperti gam, mancis, pisau, racun dan senjata api perlu disimpan di tempat yang selamat serta sukar dicapai.