Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Showing posts with label Kulinari. Show all posts
Showing posts with label Kulinari. Show all posts

Wednesday, 22 June 2016

Telur Gulung

Resepi ringkas untuk kanak-kanak awal:
1. Goreng telur dengan tanpa/sedikit minyak zaitun dalam kuali tanpa lekat.
2. Sapukan dengan sos tomato/sos cili
3.Gulungkan sepertimana  membuat bahulu gulung.
4. Potong rentas dan hidangkan.
Nota: Sukar kanak-kanak awal menghabiskan sebiji telur. Resepi ini antara penyelesaiannya.

Monday, 20 June 2016

Spagheti Oleo Reben

Bahan-bahan:

1. Spagheti
2. Minyak zaitun
3. Bawang besar
4. Bawang putih
5. Udang (jika suka)
6. Cendawan (jika suka)

Kaedah:

1. Rebus spagheti hingga lembut dan kembang, toskan.
2. Panaskan minyak zaitun
3. Tumis bawang, udang dan cendawan.
4. Tambahkan sos tiram ( jika suka)
3. Masukkan spagheti dan gaul hingga sebati.
4. Tambahkan sedikit garam, secukup rasa.
5. Hidangkan bersama sayuran hijau dan tomato untuk menambah nilai pemakanan ( jika suka).

Friday, 16 October 2015

Cendawan Goreng ala KFC

Teringin menikmati ayam KFC tapi malas hendak menempuh trafik nan sesak? Cendawan rangup ini mungkin boleh dijadikan pelarian.

Bahan:

1. 1 cawan tepung jagung
2. 4 sudu tepung gandum
3. 2 biji telur
4. Sedikit garam
5. 1 paket cendawan tiram

Cara:
1. Sebatikan tepung, telur dan garam
2. Basuh, tos dan carik-carikkan cendawan
3. Panaskan minyak
4. Celup cendawan ke dalam tepung dan goreng dengan api sederhana besar
5. Angkat setelah garing dan kekuningan

Nota: Diubahsuai dari resepi Celoteh Behaa.

Wednesday, 14 October 2015

Puding Jagung

Bahan:
3 cawan susu segar
1.5 cawan air
1 cawan tepung kastard
3 sudu gula stevia (secukup rasa)
Kismis
Cara:
1. Campurkan kesemua bahan. 2. Kacau di atas api kecil sehingga likat dan berkilat. 3. Taburkan kismis ke dalam acuan.
4. Tuang adunan ke dalam acuan.
5. Taburkan kismis di atas adunan.
6. Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais.
Sajian:
Sesuai dihidangkan sejuk, dimakan begitu sahaja atau bersama susu segar dan madu.

Nota: Diubahsuai dari resepi Azie Kitchen untuk menambah nilai pemakanan. 

Saturday, 4 July 2015

Bila durian runtuh..

Antara inovasi dan kreativiti nusantara di musim durian:

1. bubur durian
2. lempuk/jem durian
3. dodol durian
4. air durian
5. kek durian
6. tempoyak
7. pulut durian
8. ais krim durian
9. durian crepe
10. cekodok durian

Ramadhan ini, pertama kali terjumpa cekodok durian. Rasanya seakan cempedak goreng. Cara membuatnya sama seperti cekodok pisang (lumatkan isi, tambah tepung naik sendiri dan sedikit air, adun hingga sebati dan goreng hingga keperang-perangan).

Selamat berpuasa.


Saturday, 29 November 2014

Tapai pulut


Tapai pulut, kerabu rumpai laut dan ikan bilis hitam.

Sajian tradisi dalam majlis perkahwinan Melayu @ Machang, Kelantan.