Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran.. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran.. Show all posts

Wednesday, 7 November 2018

Tips Penulisan Tesis (Sains Sosial)



BAB 1: PENDAHULUAN
1. Pendahuluan
2. Latarbelakang Kajian
3. Pernyataan Masalah
4. Permasalahan Kajian
5. Persoalan Kajian
6. Objektif Kajian
7. Hipotesis Kajian
8. Signifikan Kajian
9. Skop dan Limitasi Kajian

BAB 2: SOROTAN LITERATUR

BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
1. Rekabentuk kajian
2. Lokasi Kajian
3. Persampelan kajian
4. Pengumpulan Data
5. Penganalisisan Data

BAB 4: HASIL KAJIAN
1. Dapatan Kajian
2. Perbincangan

BAB 5: KESIMPULAN
1. Kesimpulan Kajian
2. Cadangan

BIBLIOGRAFI

Hakcipta Terpelihara.

Wednesday, 17 January 2018

Mikro Cerpen Pembangunan Belia

Alhamdulillah, Cerpen Mikro Pembangunan Belia jilid 1 telah di IP kan sebagai hakcipta oleh Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK), UKM. Tahniah kepada semua pensyarah dan pelajar yang terlibat.

Wednesday, 26 July 2017

Kajian Kes Penuaan Yang Berjaya: Penerokaan Gaya Hidup Bonda Marziah

Tahniah diucapkan kepada Saudari Izyan Nafisah yang berjaya menyempurnakan tesis sarjana Psikologi Perkembangan beliau. Moga terus cemerlang.

Sunday, 28 May 2017

Senarai Baldi di Bulan Ramadhan


Sumber foto: http://www.karentuiboyes.com/tag/bucket-list/


Bulan Ramadhan, masa yang terbaik untuk menyempurnakan projek khusus terutamanya yang berkait dengan pemikiran. Ibadah puasa menjadikan kita lebih fokus, lebih cekap dan lebih tenang.
Selain ibadah solat, khatam al-Quran, qiamulail, bersedekah, memperbaiki akhlak serta amalan spiritual lainnya, bagi  ahli akademik terutamanya, apakata turut masukkan perkara ini dalam pakej senarai baldi atau 'bucket list' Ramadhan kita:
1. Sempurnakan barang satu atau dua buku ilmiah
2. Terbitkan 1 atau 2 jurnal
3. Bangunkan 1 atau 2 modul yang bermanfaat untuk umat
4. Kongsikan 1 atau 2 kertas kerja dalam seminar kebangsaan ataupun antarabangsa
5. Tuliskan 1 atau 2 artikel popular dalam bidang
6. Hadiri 1 atau 2 kursus/latihan untuk memantapkan ilmu dan kemahiran
7. Dokumentasikan 1 atau 2 nasihat/nota ilmiah buat generasi masakini dan generasi mendatang
Selamat berpuasa  dan beroleh taqwa
#skpm2023  #skpm2113

Monday, 19 December 2016

Bersama Membangun Peradaban.. Mencipta Keindahan.



Falsafah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang saya pegang adalah mudah iaitu:

"Bersama membangun peradaban.. mencipta keindahan".

Pendidikan merupakan proses transformasi berterusan dalam membentuk manusia yang beradab. Adab dalam konteks yang lebih luas bukan sekadar tentang sopan santun dan ketatasusilaan. Akan tetapi,  ia membahaskan tentang hasil dari adab itu sendiri iaitu peradaban (civilization) atau tamadun yang dibangunkan oleh manusia yang beradab untuk dimanfaatkan oleh manusia untuk  kesejahteraan sejagat demi meraih keredhaan Allah SWT.

Sehubungan itu, dalam konteks P&P, matlamat utama seorang pendidik adalah untuk membentuk kesedaran serta menyediakan pelajar untuk menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang beradab (berakhlak mulia dan memiliki personaliti menjulang atau 'towering personality') dan berupaya membangunkan peradaban  untuk memberi manfaat kepada manusia lain dengan penuh keikhlasan.

Dalam pada itu, tujuan akhir peradaban dibangunkan adalah untuk mencipta keindahan. Keindahan juga membawa makna yang luas. Ia merangkumi kebaikan, kemuliaan, ketinggian,  kebitaraan,  keunggulan, kesempurnaan, kesejahteraan, keseimbangan, kebahagiaan, ketenangan dan kemakmuran. 

Oleh itu, pendidikan juga merupakan mekanisme berterusan untuk melahirkan peribadi yang berkualiti lagi terpuji untuk memaknai kehidupan manusia dengan cara yang terbaik. Ini bermakna, pendidikan alaf baru sewajarnya mampu memperkasakan pelajar sebagai agen peradaban yang berupaya mentransformasikan persekitarannya secara terancang dengan ilmu yang benar, kreativiti terpandu, inovasi berimpak dan penyelidikan berterusan.
Kangar, 20 Disember 2016.

Thursday, 17 November 2016

Karya Kreatif dalam P&P Pemerkasaan Agen Pembangunan Belia


Pembentangan perihal P&P seputar isu karya kreatif sebagai medium penjanaan kreativiti dan inovasi mahasiswa generasi Y dan Z.

Zaman berubah.. pendekatan pendidikan juga berubah.. namun teras dan matlamatnya masih sama iaitu membentuk generasi intelektual  yang terpuji, berjasa dan versatil.

Monday, 17 November 2014

Storify Pembangunan Belia

Laman Storify ini mengandungi repositori kandungan berkaitan dengan pembangunan belia bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang perlu dikemaskini dari masa ke masa.

https://storify.com/jamiah/pembangunan-belia-1