Kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM 2113) pada semester 2 2017/2018 masih mengekalkan pembelajaran secara dalam talian melalui MOOC dan Wassup sepertimana pada semester 1. Namun, pada semester ini, mod pembelajaran campuran (blended learning) digunakan. Pertemuan bersemuka diadakan setiap bulan iaitu pada minggu pertama setiap bulan. Sekiranya waktu kuliah bersamaan dengan waktu cuti, secara automatik, pertemuan bersemuka diadakan pada minggu berikutnya.
Bagi MOOC Keluarga Bitara, dua sub-modul baru ditambah iaitu sub-modul Keibubapaan...