Wednesday, 17 September 2014
Ranking Universiti-Universiti di Malaysia
15:32
Organisasi Pembelajaran, Pembangunan Organisasi, Pengajaran dan Pembelajaran (TnL)
No comments
SINGAPURA 16 Sept. - Ranking universiti-universiti di Malaysia
semakin meningkat berdasarkan senarai QS World University Rankings 2014,
apabila tiga universiti berada dalam kelompok 300 universiti terbaik
dunia.
Menurut senarai terbaru itu, Universiti Malaya (UM) berjaya
memperbaiki kedudukannya daripada tangga ke-167 pada tahun lepas, kepada
151 pada tahun ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki
tangga ke-259 daripada 269 dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
meningkat ke tangga 294 daripada 355.
Kedudukan Universiti Sains Malaysia (USM) juga bertambah baik,
daripada 355 kepada 309; Universiti Putra Malaysia (UPM) di tangga
ke-376 daripada kedudukan 411-420, manakala Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM) kekal dalam slot yang sama (501-550)
seperti pada tahun lepas.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga memperbaiki kedudukannya, berada dalam kategori 651-700 berbanding tahun lepas 701 .
Berdasarkan senarai itu, bermakna Malaysia kini mempunyai lima universiti berada dalam kelompok 400 universiti terbaik dunia.
Penilaian QS World University Rankings berdasarkan empat tonggak
utama - penyelidikan, pengajaran, kebolehgajian dan pengantarabangsaan.
Keseluruhannya, laporan itu berkata QS World University Rankings
meletakkan fokus kajian saintifik dan teknologi berimpak tinggi sebagai
tonggak kemajuan kepimpinan.
Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat (AS)
berada di tangga teratas dalam kelompok 10 institusi terbaik dunia bagi
tahun ketiga berturut-turut.
Ia diikuti University of Cambridge (United Kingdom), Imperial College
London (UK), Harvard University (AS), University of Oxford (UK), UCL
(University College London) (UK), Stanford University (AS), California
Institute of Technology (AS), Princeton University (AS) dan Yale
University (AS). - BERNAMA
Tuesday, 16 September 2014
Google Doodle: Selamat Hari Malaysia
Selamat Hari Malaysia: 16 September 2014.
Doodle kreatif sambutan Hari Malaysia ini dimenangi oleh seorang pelajar sekolah menengah di Sekinchan.
Sumber: New Straits Times Press
Monday, 15 September 2014
Pengajaran dan Pembelajaran (TnL) dalam Dunia Digital
Dunia digital menjadikan pembelajaran leih mudah dan efisyen. Penambahbaikan sistem pembelajaran dan pengajaran di universiti di harap dapat melahirkan mahasiswa yang berketrampilan, dinamik dan berwibawa.
Seiring meraikan generasi Y dan Z yang kini mulai menjadi warga universiti, sistem pembelajaran 'blended learning' diperkenalkan di semua universiti. Melalui sistem ini, sekurang-kurangnya 30% daripada pembelajaran dikendalikan secara online. Di UKM contohnya, '' blended learning" yang dikendalikan melalui i-folio memberikan fleksibiliti, memudahkan capaian maklumat dan pemantauan dan penyeliaan dilaksanakan secara efektif dan tersusun.
Bersambung...
Saturday, 13 September 2014
Masjid Essalam, Netherland
Masjid Essalam.. barangkali ini satu-satunya jantung umat Islam di Netherland.
Pada zaman Rasulullah, masjid merupakan pusat ibadah, pusat ilmu, pusat citra, pusat pentadbiran dan pusat pembangunan semangat jemaah dan berpasukan (team building) umat Islam.
Sejauhmanakah ribuan masjid yang ada pada hari ini memainkan peranannya?
Friday, 12 September 2014
Didera kerana Perempuan
Wanita.. amanah dan anugerah Allah yang perlu ditatang dengan berhati-hati oleh lelaki. Perspektif hidup yang salah terhadap wanita mengakibatkan mereka terus tertindas dan teraniaya di sebilangan negara.
Sumber: Utusan online.
Thursday, 11 September 2014
Seminar Perlindungan Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan
Tarikh: 8 OKTOBER 2014 (Rabu)
Masa: 8.30 Pagi hingga 5.30 petang
Tempat: BANGUNAN CANSELORI, UKM
OBJEKTIF SEMINAR
· Memberi penjelasan secara terperinci kepada khalayak institusi pengajian tinggi berhubung aspek-aspek perlindungan kepada kanak-kanak
· Memberi kesedaran kepada khalayak institusi pengajian tinggi berhubung kepentingan memberikan perlindungan kepada kanak-kanak; dan
· Menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi yang akan bertindak sebagai “mata dan telinga” kepada kerajaan dalam usaha membantu menangani keganasan terhadap kanak-kanak.
TEMA SEMINAR
“KESELAMATAN KANAK-KANAK: MEMPERKASA POTENSI, MELESTARI KESEJAHERAAN”
TENTATIF PROGRAM
8.30 pagi Pendaftaran Peserta
9.00 pagi Ucapan aluan oleh Penganjur
9.15 pagi Ucapan Pembukaan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
9.30 pagi Minum pagi
Sidang Plenari
10.00 - 1.00 petang Moderator: Prof. Dr. Rohany Nasir (UKM)
Kertas Kerja 1 : “Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak” - Ketua Pengarah Bahagian
Kanak-Kanak JKM
Kertas Kerja 2 : “Kesejahteraan Psikologi Kanak-Kanak ” - YBhg. Prof. Dr. Khaidzir Hj.
Ismail, UKM
Kertas Kerja 3 : “Keganasan Terhadap Kanak-Kanak Masa Kini” - PDRM
Kertas Kerja 4 : “Peranan Masyarakat dalam Menangani Keganasan terhadap
Kanak-Kanak” - PPJM
Kertas Kerja 5 : “Perlindungan Kanak-Kanak di Alam Siber” - Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Kertas Kerja 6: “Peranan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Menangani Isu
Keselamatan Dan Kesejahteraan Kanak-Kanak” - KKM
Sidang Selari (World Café)
2.00 petang Tema: “Keselamatan Kanak-Kanak: Memperkasa Potensi, Melestari
Kesejahteraan”
Kumpulan 1 : Pembangunan Pendidikan untuk Pemerkasaan Kanak-Kanak dan
Keluarga
Kumpulan 2 : Kesihatan, Keselamatan Kanak-Kanak dan Sokongan Sosial
Kumpulan 3 : Integrasi Penyelidikan, Perkhidmatan dan Dasar Kanak-Kanak
3.00 petang Rumusan dan Resolusi
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SEMINAR
3.30 petang Ketibaan Tetamu Jemputan
Ketibaan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Ketibaan Naib Canselor UKM
Ketibaan Ketua Setiausaha, KPWKM
4.00 petang Ketibaan YBM Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Nyanyian Negaraku
Bacaan doa
Ucapan Alu-aluan Naib Canselor UKM
Ucapan Aluan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat
Penyerahan Resolusi Seminar Perlindungan Kanak-Kanak 2014
Ucapan Perasmian Penutup YB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
Dan Masyarakat
Upacara Menandatangani MoU JKM-UKM
Sidang Media
5.00 – Minum petang
5.30 petang
5.30 petang Bersurai
PENDAFTARAN PENYERTAAN
Dr. Nur Saadah bt. Mohamad Aun
Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia
Fakuklti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Emel : n_saadah@ukm.edu.my
Telefon: 03-89213530 No. Faks : 03-89213541












