Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Monday, 7 November 2016

Membina Persepsi Positif Terhadap Peperiksaan


"Hanna suka periksa! Nanti Hanna nak dapat nombor satu!". 

Peperiksaan suatu perkara yang menyeronokkan bagi kanak-kanak yang menjadikan pembelajaran suatu hobi. Ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Persespsi terhadap peperiksaan sebagai suatu perkara yang menekan dan menakutkan sewajarnya ditukar. Biarkan kanak-kanak menikmati pembelajaran di sekolah dan menjadikan peperiksaan sebagai medan untuknya menguji pencapaian diri dan sejauhmana mereka menguasai ilmu atau kemahiran tertentu. 

Tips menjadikan anak seronok dan tidak tertekan untuk menghadapi peperiksaan:

1. Tanamkan kecintaan kepada ilmu
2. Ambil berat pembelajaran anak-anak
3. Pastikan anak seronok ke sekolah, tidak dibuli atau membuli
4. Hantar anak ke sekolah yang mesra pelajar dan ibu bapa
5. Yakinkan anak peperiksaan adalah mudah dan menyeronokkan
6. Sediakan alat tulis yang lengkap untuk menghadapi peperiksaan
7. Raikan apa jua keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh anak 
8. Sekiranya keputusan peperiksaan kurang memuaskan, jangan marahi atau merendahkan anak. Sebaliknya, bimbing mereka supaya melihatnya dari sudut yang positif dan ketawa bersama-sama. 

Semoga anak-anak generasi baru sentiasa bertambah cemerlang dalam urusan dunia dan akhirat. Merekalah yang kita harapkan untuk menerajui dunia tiga dekad lagi, Dan.. kecemerlangan mereka bermula dengan kita sebagai role model yang positif dan membina, 















Sidang Canselori Konvokesyen UKM Ke-44 (2016)


Sunday, 6 November 2016

Laporan Penyelidikan FRGS MKK-Z

Projek pembangunan Modul Kemahiran Keibubapaan untuk Mendidik dan Membangunkan Potensi Modal Insan Generasi-Z (MKK-Z) sudah memasuki fasa terakhir. Semoga   setiap gerak-kerja penyelidikan memberi impak yang positif kepada kesejahteraan keluarga dan ummah.

Sunday, 30 October 2016

ICSED 2016: Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi Z




Penggunaan dan Implikasi Media Sosial Terhadap Remaja Generasi  Z

Jamiah Manap, Mohd Rezal Hamzah, Aizan Sofia Amin, Nurul Nabila Mohd Izani, Fazilah Idris3, Salasiah Hanin Hamjah, Noordeyana Tambi1, Arena Che Kasim, Norul Huda Sarnon, Salina Nen, Nor Jana Saim1

ABSTRAK
Media sosial menjadi medium utama untuk berkomunikasi pada masa kini. Kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka penggunaan media sosial dan implikasinya terhadap remaja generasi Z di Malaysia. Kajian kuantitatif ini dilakukan melalui pengedaran borang selidik terhadap 750 orang remaja generasi Z di Malaysia. Dalam pada itu, kajian kes turut dilaksanakan terhadap 20 orang remaja generasi Z yang sedang menuntut di Universiti Awam. Hasil kajian mendapati, media sosial digunakan secara meluas oleh remaja generasi Z dengan pelbagai tujuan. Selain itu, penggunaan media sosial didapati bukan hanya membawa implikasi yang positif tetapi juga negatif kepada remaja. Oleh itu, kertas kerja ini juga turut membincangkan strategi khusus untuk membangunkan remaja secara holistik dalam konteks penggunaan media sosial dengan mengambil kira implikasinya terhadap generasi Z di Malaysia.


Keywords: Psikologi Pendidikan, Keibubapaan, Media Sosial, Remaja, Generasi Z


Friday, 28 October 2016

Medium Kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM 2113)

Medium ini dibangunkan khusus untuk pelajar kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM 2113) semester 1 2026/2017 serta mereka yang berminat untuk memahami isu-isu tentang pembangunan keluarga dan wanita.







Monday, 24 October 2016

Panduan Menggunakan Ebsco Host untuk Pelajar UKM

1. Klik pada pautan berikut: 


Paparan berikut akan kelihatan: 



2. Klik pada link ebsco-host (ditandakan dengan anak panah). 
Paparan berikut akan kelihatan:




3. Klik pada logo Ebsohost yang pertama di atas (perkara 2) dan paparan berikut akan diperoleh: Pilih salah satu 'database' jurnal. Contohnya, klik pada Academic Search Complete.

4. Masukkan maklumat dan kriteria khusus jurnal seperti topik jurnal, tahun penerbitan, artikel penuh dan jurnal berwasait. 


5. Artikel dengan kriteria yang anda tetapkan akan  terpapar dan anda boleh memuat turun artikel tersebut. Setelah itu, anda boleh menyimpannya di dalam komputer/pemacu./ email/ cloud.