Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Monday, 13 November 2017

Kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita Semester 1 2017/2018




Pada semester ini, kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM 2113) tetap ditawarkan kepada semua mahasiswa pra-siswazah UKM. Mod dalam talian sepenuhnya digunakan bagi membolehkan pembelajaran terus berlangsung walaupun penyelia kursus/pensyarah sedang cuti bersalin. Sehubungan itu, perkembangan semasa kursus akan dikemaskini di dalam laman ini untuk rujukan pelajar. 

Selamat mengikuti kursus dan semoga berjaya!


 
Senarai Nama Pelajar:
 
1.       Alyaa Binti Othman

2.       Mohamad Shahrul Syahiddil Bin Sejili

3.       Khairun Nisa Binti A. Shukor

4.       Nurul Syafiqah Binti Abdullah

5.       Nur Farzana Binti Ramlan

6.       Rossaliza Binti Mohd Shukri

7.       Nurin Najma Binti Mohd Makri

8.       Kalaiselvi A/P Karunamurthi

9.       Riadhus Solehah Binti Aziz

10.   Tharisini A/P Kunaserkaran

11.   Farah Izzati Binti Faizal

12.   Aidil Aina Binti Ramli

13.   Nur Shafiqah Binti Hood

14.   Aina Adlynna Binti Zulkifli

15.   Nur Raihana Binti Bundawan

16.   Nurbaiti Akma Binti Ahmad Samiun

17.   Farina Adila Binti Mohammad Angawam

18.   Siti Sya'wana Binti Mohmad Tahir

19.   Nabilah Liyana Binti Mansur

20.   Sharifah Azwa Binti Sharif

21.   Nur Amira Binti Mohd Rodzi

22.   Puteri Aina Hanishah Binti Megat Hamdan

23.   Nur Amirah Binti Salman

24.   Nurul Syazana Binti Abdul Jamal

25.   Wong Huey Jween

26.   Nur Safriani Binti Yunus

27.   Siti Nur Khairunnisa Binti Mohd Hazani

28.   Lily Elisa Binti Abu Bakar

29.   Noor Izyantee Laily Binti Nordin

30.   Nur Nadia Natasha Binti Abdul Fatah

31.   Jegaletchumi A/P Amardza Linggam

32.   Farah Liyana Binti Meli

33.   Nur Suhadah Binti Jumaat

34.   Nur Aqilah Binti Mohamad Hatta

35.   Noor Nazirah Binti Iskandar

36.   Norazrina Binti Ngadnon

37.   Nur Syafiqah Binti Muhammad Ridhwan Chan

38.   Siti Norhadiah Binti Zakaria

39.   Nurliyana Nadhirah Binti Md Fauzi

40.   Intan Nur Syafinaz Binti Moktar

41.   Wong Zhi Ling

42.   Nazumi Nazlie Binti Mohamad Karomi

43.   Nurul Nur Farhana Binti Azizan

44.   Tan Xin Yi

45.   Nur Syaza Syahirah Binti Zulkarnain

46.   Nur Aina Alisya Binti Mohd Suhaimi

47.   Hani Shafinaz Binti Mohamad Aris

48.   Nurul Izzati Binti Shaidi

49.   Lee Szue Kit

50.   Putri Nur Eleena Binti Abdul Karim

51.   Nurul Khaleeda Binti Hanafi

52.   Wan Zulaikha Binti Wan Zainal Abiddin

53.   Rashiqim Nur Binti Hasan


Objektif Kursus:
  • Memahami konsep asas dan definisi keluarga
  • Memahami perspektif teori berlainan dalam pembangunan keluarga
  • Memahami faktor kepada permasalahan dalam keluarga
  • Membangun kemahiran penyelesaian masalah dalam keluarga
Medium Pembelajaran Utama:
  • MOOC Keluarga Bitara
  • Whats Apps Pembangunan Keluarga dan Wanita
  • You Tube
Nota Kuliah:
Tugasan Individu:
Tugasan Kumpulan:
Pengayaan:
Peperiksaan Akhir:
  • 9 Januari 2018
  • 3.30-6.00 pm (DTAM) 

Refleksi Pelajar:
Sumber Foto:  https://www.123rf.com/photo_31728482_stock-vector-happy-family-with-two-children-and-grandparents.html

Video Pembelajaran Kreatif Kursus Pembangunan Keluarga dan Wanita (SKPM 2113)




Berikut merupakan video pembelajaran kreatif yang telah dihasilkan oleh pelajar kursus SKPM 2113 bagi semester 1 2017/2018:


Konsep Asas Keluarga
Teori-teori Dinamika Keluarga
Pemilihan Pasangan, Perkahwinan & Pembujangan

Edaran Hidup Keluarga
Krisis dan Disorganisasi Dalam Keluarga
Keibubapaan
Keluarga Sandwich dan Keluarga Komuter
Keluarga dan Budaya
Keluarga dan ICT
Pemerkasaan Keluarga
  • Pemerkasaan Keluarga (Pertelingkahan Adik-Beradik) (Putri Nur Eleena Abdul Karim, 
    Siti Nur Khairunnisa Binti Mohd Hazani & Nur Aina Alisya Binti Mohd Suhaim, 2017)

Nota: 47/53 (Sumber foto: https://www.google.com/search?client=firefox-b&biw=1600&bih=791&tbm=isch&sa=1&ei=50sKWqKXAcLkvgTi4I_gDg&q=creative+video+cartoon&oq=creative+video+cartoon&gs_l=psy-ab.3...5355.11634.0.12061.22.22.0.0.0.0.181.2396.8j14.22.0....0...1.1.64.psy-ab..0.17.1987...0j0i67k1j0i8i30k1j0i24k1.0.OWnZYqzrXvc#imgrc=X4l4QZmLRVr6GM:)



Thursday, 9 November 2017

Peta Hidup

Thursday, 2 November 2017

Kalender Akademik UKM 2017-2018


Wednesday, 27 September 2017

Jurnal dalam Talian

Seorang pelajar mengatakan, "Kajian saya tak banyak kajian lepas".

Khusus untuk pelajar UKM, dapatkan artikel koleksi jurnal semasa di laman berikut:

http://www.ukm.my/ptsl/e-journal

Terdapat juga artikel yang boleh diakses oleh semua pelajar dan penyelidik dengan mudah. Antaranya:

1. Google scholar
2. Academia.edu.
3. Research Gate

Selamat membaca! 🤗💚

Saturday, 9 September 2017

MOOC Keluarga Bitara



MOOC Keluarga Bitara telah dilancarkan bagi tujuan pembelajaran mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendaftar bagi kursus SKPM 2023 (Pembangunan Keluarga dan Wanita) bagi semester 1 2017/2018 di pautan berikut:

https://www.openlearning.com/courses/keluarga-bitara/HomePage


Berikut disertakan tips pembelajaran melalui MOOC Keluarga Bitara:

1. Buka talian MOOC menggunakan sumber wifi yang pantas. Pelajar digalakkan melanggan 'broadband' sendiri untuk memudahkan proses pembelajaran.

2. Buka talian MOOC bukan pada waktu kemuncak seperti pada jam 3-5 pagi.

3. Baca arahan yang diberikan dan sempurnakan satu-persatu tugasan dalam modul.

4. Elakkan melakukan tugasan atau memberi maklum balas di saat akhir.

5. Berikan maklumbalas yang berkualiti iaitu setimpal dengan gred yang dikehendaki.

6. Gunakan sepenuhnya input dalam MOOC untuk menguasai subjek dengan sepenuhnya.

7. Kongsikan maklumat/input/pengalaman anda di dalam MOOC.

8. Berikan maklumbalas yang tepat dan jujur.

9. Sentiasa berfikiran terbuka dan saling menghormati dalam sesi perbincangan bersama rakan di dalam MOOC.


Selamat ber MOOC!  :)

Tanggungjawab Pelajar dalam Penyeliaan Tesis/Penyelidikan



​​
Tanggungjawab Pelajar
​ 

Proses penyeliaan memberi peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran sebagai penyelidik di bawah mentoran penyelia. Oleh yang demikian, Penyelia berhak untuk menuntut komitmen yang tinggi daripada pelajar.Pelajar pula seharusnya memberi reaksi positif kepada panduan, nasihat dan bimbingan yang diberikan oleh penyelia di samping berusaha meningkatkan kebolehan menjalankan penyelidikan secara mandiri.Sebagai penyelidik siswazah, pelajar perlu:

​          
(1)          Mematuhi Peraturan, Dasar dan Garis Panduan Universiti, khususnya yang berkait dengan   
          perlaksanaan penyelidikan; termasuk dasar berhubung etika penyelidikan, hak harta intelek, amalan kerja           selamat, serta hak cipta dan hak kepengarangan;
​ 


(2)          Berbincang dengan penyelia dan mencapai persetujuan tentang jadual pertemuan;
​ 


(3)          Memastikan ada komunikasi jelas dan terbuka dengan penyelia sepanjang proses penyeliaan;
​ 


(4)          Berbincang dengan penyelia tentang topik dan jadual penyelidikan;
​ 


(5)          Melaksanakan kerja seperti yang ditetapkan oleh penyelia yang termasuk pembacaan, latihan penyelidikan atau mengikuti mana-mana kursus yang diperlukan;


(6)          Memastikan kemajuan penyelidikan selaras dengan jadual yang dipersetujui;
​ 


(7)          Membincangkan masalah atau kesulitan yang dihadapi bersama penyelia, termasuk masalah berhubung akses kepada sumber dan bahan;
​ 


(8)          Menyimpan rekod tentang kemajuan penyelidikan termasuk rekod pertemuan dengan penyelia dan rekod kerja/tugasan yang telah diselesaikan;
​ 


(9)          Memastikan bahan penulisan diserahkan seperti yang dijadualkan dengan memberikan waktu yang sewajarnya untuk membolehkan penyelia memberi maklum balas;
​ 


(10)      Memberi perhatian yang sewajarnya kepada maklum balas dan panduan yang diberikan oleh penyelia;
​ 


(11)      Mematuhi keputusan yang dicapai hasil daripada maklumbalas di antara  Penyelia Utama, Penyelia Bersama dan Penasihat jika berlaku perbezaan pandangan;


(12)      Menyediakan deraf tesis/disertasi dan melakukan pembetulan dan penambahbaikan seperti yang dicadangkan oleh penyelia;
​ 


(13)      Membuat keputusan tentang bila penyerahan tesis/disertasi hendak dilakukan dengan mengambilkira pandangan penyelia serta memastikan tempoh masa yang ditetapkan Universiti dipatuhi;
​ 


(14)      Memastikan tesis/disertasi yang diserahkan bebas plagiat dan mematuhi keperluan Universiti.
​ 


(15)      Mengambil tanggungjawab dan inisiatif untuk mengikuti program untuk menambahbaik kemahiran yang dianjurkan Fakulti/Institut/Universiti;
​ 


(16)      Mengambil bahagian dan menyumbang kepada budaya penyelidikan Fakulti/Institut;
​ 


(17)      Memastikan semua keperluan pentadbiran dipatuhi;
​ 


(18)      Memastikan keperluan penerbitan yang ditetapkan dipatuhi;
​ 


(19)      Memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada Penyelia Utama/Penyelia Bersama/Jawatankuasa Penyeliaan dan Universiti dalam sebarang penerbitan yang dibuat berdasarkan penyelidikan yang dijalankan;
​ 


(20)      Mendapatkan persetujuan dan pengesahan penyelia bagi sebarang penerbitan yang dibuat berasaskan penyelidikan yang dijalankan semasa di UKM, walaupun pelajar sudah bergraduat;
​ 


(21)      Berunding dengan penyelia tentang tempoh bercuti dan memaklumkan penyelia jika terpaksa mengambil cuti (contohnya atas sebab kesihatan atau masalah keluarga).



Disediakn oleh,


​Puan 
Azlina Ahmad
Ketua Tadbir Urus Kualiti Pengajian Siswazah
Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi Selangor, MALAYSIA