Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Monday, 16 January 2017

Tips Menjawab Soalan Esei



  1. Perbaiki tulisan tangan supaya jelas dan mudah dibaca.
  2. Bawa alat tulis yang lengkap dan selesa digunakan. Gunakan pen yang jelas warna dakwatnya tetapi tidak menembusi kertas jawapan. Lazimnya, pen sebegini agak mahal harganya. pastikan juga, dakwat pen masih banyak dan sediakan beberapa batang pen untuk tujuan kecemasan. 
  3. Isikan maklumat pengenalan diri yang diperlukan seperti no matrik dan kod kursus. Pastikan maklumat yang diberikan adalah tepat. 
  4. Baca soalan dengan teliti. Fahamkan bentuk jawapan yang diperlukan.
  5. Perhatikan nilai pemberat markah yang diberikan bagi setiap soalan. 
  6. Perhatikan 'kata kunci' yang menunjukkan tahap perincian dan aras pemikiran bagi jawapan yang akan diberikan Contohnya, Nyatakan, Bincangkan, Bandingkan dan Bangunkan. 
  7. Buat rangka jawapan seperti peta minda atau lainnya yang merangkumi pendahuluan, penutup, isi-isi penting dan fakta-fakta sokongan. 
  8. Buat soalan yang mudah terlebih dahulu.
  9. Gariskan isi kandungan dan fakta-fakta penting.
  10. Semak semula soalan dan jawapan. Pastikan anda telah menjawab semua soalan yang diberikan. 

Friday, 23 December 2016

Refleksi P&P

Refleksi pelajar terhadap kursus Pembangunan Belia (SKPM 2023).

Monday, 19 December 2016

Bersama Membangun Peradaban.. Mencipta Keindahan.



Falsafah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang saya pegang adalah mudah iaitu:

"Bersama membangun peradaban.. mencipta keindahan".

Pendidikan merupakan proses transformasi berterusan dalam membentuk manusia yang beradab. Adab dalam konteks yang lebih luas bukan sekadar tentang sopan santun dan ketatasusilaan. Akan tetapi,  ia membahaskan tentang hasil dari adab itu sendiri iaitu peradaban (civilization) atau tamadun yang dibangunkan oleh manusia yang beradab untuk dimanfaatkan oleh manusia untuk  kesejahteraan sejagat demi meraih keredhaan Allah SWT.

Sehubungan itu, dalam konteks P&P, matlamat utama seorang pendidik adalah untuk membentuk kesedaran serta menyediakan pelajar untuk menjadi sebaik-baik manusia iaitu manusia yang beradab (berakhlak mulia dan memiliki personaliti menjulang atau 'towering personality') dan berupaya membangunkan peradaban  untuk memberi manfaat kepada manusia lain dengan penuh keikhlasan.

Dalam pada itu, tujuan akhir peradaban dibangunkan adalah untuk mencipta keindahan. Keindahan juga membawa makna yang luas. Ia merangkumi kebaikan, kemuliaan, ketinggian,  kebitaraan,  keunggulan, kesempurnaan, kesejahteraan, keseimbangan, kebahagiaan, ketenangan dan kemakmuran. 

Oleh itu, pendidikan juga merupakan mekanisme berterusan untuk melahirkan peribadi yang berkualiti lagi terpuji untuk memaknai kehidupan manusia dengan cara yang terbaik. Ini bermakna, pendidikan alaf baru sewajarnya mampu memperkasakan pelajar sebagai agen peradaban yang berupaya mentransformasikan persekitarannya secara terancang dengan ilmu yang benar, kreativiti terpandu, inovasi berimpak dan penyelidikan berterusan.
Kangar, 20 Disember 2016.