Wednesday, 29 July 2015

Jurulatih Emosi







Gaya keibubapaan jurulatih emosi membolehkan anak berasa dekat dengan ibu bapa dan difahami oleh ibu bapa. 

Jurulatih emosi mengandungi 5 langkah,  iaitu:
1. Peka dengan emosi anak
2. Meyakini bahawa saat anak beremosi adalah waktu terbaik untuk merapatkan hubungan dan mendidik keperibadian
3. Mendengar dengan empati dan mengesahkan perasaan anak
4. Membantu anak melabel emosi dengan perkataan
5. Membimbing anak mengendalikan emosi dan menyelesaikan masalah di samping menghormati 
keupayaan dalam menyelesaikan masalah atau menghadapi situasi yang tidak diingini.

Kesan keibubapaan jurulatih kepada anak:

1.   Memahami emosi yang sedang dialami dan berupaya mengawal  emosi tersebut
2.   Lebih yakin diri
3.   Mempunyai pencapaian sosial dan akademik yang lebih baik
4.   Lebih sihat 


0 comments:

Post a Comment