Reseach and Publication

The never ending exploration.

Teaching and Learning

The journey of wisdom and enlightement.

Integrity

Noble virtues and character building is a luxury bussiness.

Education

A balance between love and true guidance.

Time Flies

Live life to the fullest.

Wednesday, 29 July 2015

Bengkel Terjemahan Buku

Jurulatih Emosi







Gaya keibubapaan jurulatih emosi membolehkan anak berasa dekat dengan ibu bapa dan difahami oleh ibu bapa. 

Jurulatih emosi mengandungi 5 langkah,  iaitu:
1. Peka dengan emosi anak
2. Meyakini bahawa saat anak beremosi adalah waktu terbaik untuk merapatkan hubungan dan mendidik keperibadian
3. Mendengar dengan empati dan mengesahkan perasaan anak
4. Membantu anak melabel emosi dengan perkataan
5. Membimbing anak mengendalikan emosi dan menyelesaikan masalah di samping menghormati 
keupayaan dalam menyelesaikan masalah atau menghadapi situasi yang tidak diingini.

Kesan keibubapaan jurulatih kepada anak:

1.   Memahami emosi yang sedang dialami dan berupaya mengawal  emosi tersebut
2.   Lebih yakin diri
3.   Mempunyai pencapaian sosial dan akademik yang lebih baik
4.   Lebih sihat 


Tuesday, 28 July 2015

Sukarelawan OKU

Mesyuarat program khas untuk sukarelawan OKU yang akan berlangsung pada 15-16 Ogos 2015.

Kerjasama strategik UKM, MBM, MHM, Murni International College dan MAHSA.

Monday, 27 July 2015

Keibubapaan Menolak





Keibubapaan menolak mempunyai ciri yang sama dengan keibubapaan menghindar, namun bersifat:

1.   Lebih negatif terhadap anak-anak
2.   Lebih banyak menghukum dan mengkritik
3.   Sangat mengawal
4.   Memanipulasi
5.   Autokratik
6.   Sangat mementingkan disiplin
7.   Tidak prihatin kepada makna yang terbit daripada perasaan atau emosi yang ditunjukkan

Kesan gaya keibubapaan menolak kepada  anak sama seperti keibubapaan menghindar.

Friday, 24 July 2015

Keibubapaan Laizes Fair

Ciri-ciri keibubapaan laizes fair:
1. Bersifat permisif
2. Memberi bimbingan yang tidak mencukupi atau langsung tidak membimbing anak untuk menyelesaikan masalah atau memahami emosi diri mereka sendiri
3. Tidak memberi sebarang limitasi tingkahlaku kepada anak
4. Membiarkan anak melakukan tingkah laku yang negatif
5. Menggalakkan anak menghamburkan emosi sehingga berlebihan atau melampau

Kesan keibubapaan laizes fair kepada anak:
1. Tidak boleh memberi tumpuan
2. Sukar membina hubungan yang positif dengan orang lain
3. Tidak dapat mengawal emosi dengan sihat

Bersambung..

Thursday, 23 July 2015

Keibubapaan Menghindar

Ciri-ciri keibubapaan menghindar: 

1.Tidak peduli kepada anak
2. Tidak yakin
3. Takut tak dapat mengawal anak
4. Menggunakan teknik meruntuhkan
5. Merasakan emosi suatu perkara yang negatif dan tidak sihat
6. Menjadikan masa sebagai perawat segala masalah yang timbul 

Kesan keibubapaan menghindar kepada kanak- kanak: 

1. rasa diri bermasalah
2. tidak boleh mengawal emosi
3. merasakan perasaan atau emosi yang sedang dialami adalah satu kesalahan dan tidak normal

Bersambung..



Kejurulatihan Emosi

Empat Gaya Keibubapaan dalam Mengurus Emosi

1. Keibubapaan Menghindar (The Dismissing Parent)
2. Keibubapaan Menolak (The Disapproving Parent)
3. Keibubapaan Laizes Fair (The Laizes Fair)
4. Jurulatih emosi (The Emotion Coach)

Wednesday, 22 July 2015

Kejurulatihan Emosi

Asas pengurusan emosi kanak-kanak adalah dengan mengetahui punca emosi kepada tingkah-laku yang bermasalah, empati, membantu anak memahami emosi mereka dan membimbing mereka untuk mengendalikan emosi dengan baik. Terdapat empat jenis keibubapaan dalam mengurus emosi, iaitu:

1. Keibubapaan Menghindar (The Dismissing Parent)
2. Keibubapaan Menolak (The Disapproving Parent)
3. Keibubapaan Laizes Fair (The Laizes Fair)
4. Jurulatih emosi (The Emotion Coach)

bersambung..