1. Mangsa banjir yang terperangkap lalu memecah masuk mana-mana
rumah atau kedai berhampiran (yang tiada dijaga lagi oleh tuan milik
kerana telah dipindah atau menyelamatkan diri) untuk mendapatkan bekalan
makanan dan pakaian asasi yang sangat terdesak adalah TIDAK BERDOSA dan
DIMAAFKAN di dalam hukum Islam. Mereka juga TIDAK DINAMAKAN PENCURI
atau MENCURI. Malah jika wujud hudud dilaksanakan di sesebuah negara,
kes sebegini TIDAK termasuk dalam hukuman yang boleh dikenakan hudud.
2. Pun begitu, ia tetap dikira kesalahan menurut undang-undang...