Saya berpendapat harus untuk memberi zakat kepada mereka,
sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk
mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal, seterusnya
Baitulmal akan mengenalpasti golongan yang benar-benar terdesak dan
memerlukan bantuan dengan membuat anggaran kerosakan yang ditanggung dan
juga keperluan yang dihajatinya. Ini kerana, jika diberi secara
langsung dengan kuantiti yang banyak, dibimbangi sebahagian sahaja yang
memperolehnya sedangkan sebahagian yang lain tidak mendapat walaupun
sedikit. Justeru, pasti rasa tidak selesa akan terwujud pada kebanyakan
golongan yang ditimpa bencana yang tidak dapat apa-apa bantuan atau
bantuan yang tidak mencukupi.
Baitulmal hendaklah menggerakkan tenaganya dengan seupaya mungkin bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan secepat mungkin
kerana keperluan untuk hidup adalah bersifat segera. Semoga jawapan ini
dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya dalam menyalurkan bantuan
berupa zakat ataupun infaq yang lain bagi membantu saudara-saudara
seIslam yang terbabit dalam bencana seperti banjir dan lain-lain. Wallahua’lam
DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan
Ikuti kupasan lanjut di laman Mufti Wilayah Persekutuan.
0 comments:
Post a Comment