1. Jika menggunakan pakej talian yang mahal, tukar kepada pakej yang jauh lebih murah namun dengan kualiti perkhidmatan setara. Banyak penjimatan yang boleh diperolehi setiap bulan. Tak perlu terlalu setia dengan satu jenama kecuali ia benar-benar berkualiti, menjaga kebajikan pengguna dan menjimatkan.
2. Menanam sayuran atau buah-buahan sendiri di rumah. Jika mempunyai tanah yang luas dan subur, banyak penjimatan belanja dapur boleh dilakukan. Tumbuhan renek seperti cili, serai, daun saderi, kunyit, halia, limau kecil, stevia dan ulam raja mudah dijaga serta boleh ditanam di dalam pasu sekiranya tinggal di kediaman tidak bertanah.
3. Kanak-kanak cepat membesar. Jika membeli pakaian untuk mereka, pilih saiz yang lebih besar namun sesuai dengan tubuh mereka supaya dapat dipakai dalam jangka masa yang lebih lama.
4. Ingin menggunakan barangan berjenama supaya menang memakai? Penjimatan boleh dibuat jika pembelian dibuat secara dalam talian atau melalui 'factory outlet'. Bagaimanapun, pastikan urusniaga dibuat dengan individu yang boleh dipercayai untuk mengelakkan penipuan. Adakalanya, harga di butik juga murah sekiranya diskaun yang diberikan mencecah 70%. Lazimnya, stok/rekaan lama dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding rekaan terkini. Tak rugi bersabar untuk mendapatkan item idaman dengan harga yang rendah. Atau, dapatkan sahaja barangan terpakai (preloved) yang masih elok.
5. Olah semula lebihan makanan supaya tidak membazir. Contohnya, nasi yang berlebihan boleh dimasak semula menjadi nasi goreng yang enak. Roti yang menghampiri tarikh luput pula boleh dijadikan puding roti yang menyelerakan.
6. Memasak sendiri makanan. Jika masih bujang dan tinggal di universiti yang membenarkan memasak, ambil peluang ini untuk berkongsi sumber dengan rakan untuk membeli bahan mentah yang .hendak di masak.
7. Menjadi agen jualan. Jika sering membeli barang dalam kuantiti banyak dan kerap untuk kegunaan sendiri atau keluarga, ada baiknya mendaftar diri untuk menjadi agen berdaftar bagi produk tersebut. Secara automatik, akan mendapat harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.
8. Buat perbandingan harga sebelum membeli, terutamanya bagi item yang mahal namun banyak terdapat di pasaran seperti komputer riba dan telefon pintar. Semak harga barangan di internet dan bandingkan dengan beberapa kedai yang menjual item yang sama atau bandingkan harga antara pelbagai jenama dengan kualiti produk yang setara.
0 comments:
Post a Comment