1. Buka akaun simpanan.
2. Daftar dalam perbankan internet.
3. Buat simpanan tetap setiap bulan sama ada dalam bentuk tunai, emas atau perak.
4. Jinakkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan. Latih diri menjadi usahawan.
5. Biasakan diri bekerja sambilan semasa cuti sekolah untuk menambah pendapatan dan menggarap pengalaman.
6. Tetapkan sasaran nilai simpanan dan pemilikan aset untuk jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan jangka masa panjang.
7. Berbelanja dengan berhemah. Elakkan pembaziran dan pembelian bukan keperluan apatahlagi perbelanjaan diluar kemampuan.
8. Rancang strategi untuk mencapai matlamat kewangan tersebut. Dapatkan kerjasama ibu bapa atau individu yang beramanah.
9. Lazimi diri dengan bersedekah walau sekadar sepuluh sen sehari sebagai tanda syukur dan penyucian diri serta mendidik hati.
Semoga berjaya.
0 comments:
Post a Comment